Tuesday, November 25, 2014

Let's start writing baby!

Hi korang..

Seem sangat lama Cik Nurul tinggalkan ruang legar ni. Berkurun weyh! sampai dah bersawang bagai. Owh, kalau la korang tau macam mana memberontaknye hati ni nak menulis. Tapi apakan daya, terlalu banyak halangan dan kekangan yang datang kan. Alhamdulillah, everything dah settle. Study dah habis. Konvokesyen pun dah selesai. Syukur pada Allah S.W.T untuk nikmat yang Dia beri, merasa jugak Cik Nurul moment-moment indah untuk begelar seorang graduan. Walaupun terlewat setahun dari perancangan asal. Oh, Tuhan saje la tahu macam mana sebaknye dalam hati bila melangkah masuk ke dewan majlis. Tersedu-sedu, sampai orang kiri kanan dok perasan. Rasenye la kan, ke perasan sendiri saje.Almaklumlah, Cik Nurul ni emosi orang nye.Hahaha...

Okey, cukup la cerita pasal konvo kan. Insyaallah, ada masa next entry kite ngeupdate pasal konvo Cik Nurul ye. Sekarang, ape lagi. Dah begelar penganggur separuh masa pulak dah. Haa,pernah dengar dop? Sementara menunggu peluang yang lebih baik, kita buat la apa yang mampu untuk menyara diri sendiri. Insyaallah, mudah-mudahan ada la rezeki untuk Cik Nurul. Yang penting, jangan putus asa. Rezeki tak datang bergolek hoi..!

Yup, entry ni mungkin pencetus semangat untuk next-next entry mungkin. Since Cik Nurul banyak masa terluang ni kan. Ye la, semenjak member-member dah ada kehidupan sendiri. Makin banyak la masa Cik Nurul kat rumah, dengan kerja-kerja suri rumah tangga ni. Hahaha.. My life has changed 360* kot sekarang, semuanya berubah! Ape yang berubah?rasenye macam-macam. Mungkin Cik Nurul bukan person yang boleh duduk diam kat rumah saje kot. Hurm,macam mane nak jadi calon-calon mummy mithali ni kan? Hahaha.. Pernah gak sebelum ni menceburkan diri dengan online bisnes,masa memule haruslah semangat. Tapi tu la, teknologi sekarang ni hebat sesangat. Bile guna hashtag # je dah nampak competitor kita yang berlambak-lambak kat media sosial ni. Oh, Cik Nurul tewas dengan persaingan harga sampai la tergive up. Mungkin lepas ni Cik Nurul kena cari bisnes yang rare kot, biar tak terkuit dengan competitor lain. Gitu kan...

Ok la, cukup la entry "come back" ni kan. Till we meet again korang. Selamat malam!

p/s: Esok ade interbiu,wish me luck korang!

Friday, May 9, 2014

Damn! Sakit gigi lagi...

Assalamualaikum w.r.t

Okey, antara entry yang berjaya terhasil di awal pagi a.k.a subuh. Yup, ni semua gara2 sakit gigi yang memang tak dapat dibendung lagi. Ooo, sangat mencabar bile kesakitan tu datang time2 kritikal macam ni. Tak dapat buat pape kot, pattern Cik Nurul kalau nak tau tengah feeling sakit x kisah la demam ke, sakit gigi ke, ape ke..selalunye Cik Nurul akan cari tempat plg best then, buat senyap smbil muka x de perasaan.. Klu kat rumah mak mmg slalu notice, klu dah senyap smbil buat muka serius mean tgh menahan seauatu la tu..

Actually sakit ni dari ptg semalam dah rase, tp buat2 mcm tak tau je. Sebab nye, slalu bile dah telan pain killer tido n dia akan feel better. Tp, lain pulak versi kali ni..pas tido ptg smlm, bgun still rase sakit..mlm td jgn ckp la, x dapat tido pun Cik Nurul buat sampai bleh tido. Puas lah dok kumur air garam sementara nk tnggu pagi ni muncul. X sabar rase nye nak jadi patient pertama pagi ni.

Tu la kan, org degil mmg mcm ni kan. Dah hujan br nak cari payung bagai, cube bile x sakit aritu buat. Confirm x menderita mcm ni..dah lame sgt postpone nak cabut gigi bongsu ni kot, rasenye since awal tahun aritu. Hah, la ni mmg pdn muka sendiri la kan. Tapi kalau buat survey pun, rase2 berapa kerat je manusia yg berani nak gi serah diri kat dentist kan? Haha..

Setakat umur 24 tahun ni la, bab cabut mencabut Cik Nurul mmg preferred klinik private then gov. Kalau setakat buat cleaning ngan tampal yg biase2 tu brani la gi gov, tp mmg x dinafikan gov nye service arini mmg layak dpt thumb up! Cepat n okey la, berbaloi dgn ape yg kt bayar. Tu antar experience Cik Nurul dgn Poliklinik Peringgit Melaka la, yg lain2 klinik gov x tau lah sejauh mane kecekapan depa. Berbalik bab cabut gigi tu, tak de berani sebab dah banyak sangat dengar cerita horror dari kwn2, sedare mare..ade yg gigi dibelah empat la, ada gigi tertinggal kat dalam gusi la, yg gusi  kene berjahit bagai dll. Hoi, mmg tidak la kan si penakut mcm Cik Nurul nak serah diri kat depa!

Bab2 gigi ni, Cik Nurul mmg ade problem ngan gigi2 bongsu Cik Nurul. Rasenye masuk yg ni gigi bongsu kedua bakal dicabut..yg first gigi graham yg rosak disebabkan kedudukan gigi bongsu yg tumbuh x betul, yg 2nd gigi bongsu atas n this one gigi bongsu yg bawah yg tumbuh x btul tu. Actually gigi graham Cik Nurul yg dah kene cabut tu dulu, bleh diselamatkn klu Cik Nurul brani operate gigi bongsu yg ni. Tp masa tu mmg kecut bile dgr bab2 operate ni, then Cik Nurul biarkan je sampai la kehilangan graham yg pertama. Aishh, mmg malu bile muda2 dah kene cabut itu ini. 

Tapi kalau korang semua yg tnggl area Melaka Tengah, Cik Nurul mmg highly recommend Klinik Pergigian Mawar kat Tmn Cempaka, betul2 bertentang ngan Melaka Sentral. Dr perempuan, and dia very understanding.  Before dia cabut gigi patient mmg dia akan baca bismillah and kerja dia pun smooth je. Klinik ni dah macam klinik panel family kitorang lak, pekerja2 mak yang ade problem gigi pun mmg selalu mak bawak ke sini. Klinik ni klu x kene masa, mmg take time skit la sbb dr nye sorang je pun, so kene bawak2 besabar la. Kalau bab charge dia pun, okey la rasenye berbaloi lagi klu nak compare kt titempat2 lain. Bile Cik Nurul google, ade tempat tu sampai beratus2 untuk sebatang gigi. 

Kalau area Samaran ni pulak, Cik Nurul preferred Klinik Pergigian Mesra kat Tmn Desa Ilmu. Dr lelaki, and service dia pun cepat. Pandai la dia tenangkn patient,  charge pun ok. Ok lah untuk area yg ramai dgn student. Okey, hari ni Cik Nurul bakal bertemu dgn Dr hensem ni lagi, harap2 takde kejadian buruk la. Gigil gila lutut ni, tido malam tadi tak abis2 mimpi bab gigi! Haissshh..pergilah engkau wahai kesakitan!

Tuesday, April 29, 2014

Azam Baru!

Assalamualaikum wahai encik blogger...

Fuuuhhh! pejam celik hampir setahun dah Cik Nurul tidak membebel di sini, even takdak pun reader nye kan..Takpe la, sendiri tulis sendiri je la baca ye dop?

Okey, berbalik entry sulung tahun ni..Orang selalu pasang azam bila awal tahun dop? Tapi ni versi lain sikit, azam di suku tahun. Kahkah... Gini cerita nye, sekian lama tak sign in ke sini, password nak nak masuk pun terpaksa di verify balik, sadis sungguh! Terbaca la pulak entry-entry blogger lain kat new feed, meriah sungguh la laman rumah depa.Jadinya, datang la semangat dan keazaman  nak memajukan blog sendiri.Konon nye la kan, actually banyak sangat benda yang Cik Nurul nak taip kat sini, tapi tu la terlalu banyak sesangat kekangan nye. Ni pun Cik Nurul mencuri masa untuk menaip tu pun sebab nak tarik nafas daripada baca jurnal-jurnal yang memang la menyesakkan jiwa dan raga ni. Bukan kata raga, zahir pun terseksa bila kene paksa siapkan research by the end of May..! OMG....Keep strong Cik Nurul, sebulan lebih je lagi penderitaan ini akan berakhir, lepas je dari no more suffer!

Insyaallah my dear blog, I will comeback by the end of this June..see you later ya!

Monday, July 15, 2013

Ceritera Cik Nurul dan Sponge Cake!

Assalamualaikum you allss...

Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni kan, nak jugak bagi satu dua resepi kuih muih kat korang. Actually saje nak sharing ape yg dah Cik Nurul belajar. Hari ni nak bercerita al-kisah Cik Nurul dan sponge cake.. Actually idea ni timbul masa start cuti semester aritu. Memandangkan seminggu dua duduk kat rumah sementara nak menunggu hari praktikal then takde pape aktiviti. Makanya, Cik Nurul pun decide nak baking cake. Haha... 1st time uolllss! Sebenarnya nak baking cake sempena by super duper cute girlfriend cik Siti Suhailah. Memandangkan si suhailah ni hantu cheese, Cik Nurul pun buat la Snow Cheese Cake versi Cik Nurul sendiri. Cik nurul belajar dari Encik google je pun resepi ni. So, kalau korang nak resepi ni dengan segera, sila tanya encik google ye!

Tarrraaaa! Akhirnye....

Aksesori tambahan terpaksa mintak tlg kedai bakery buatkan la





Okey, tu actually yg 1st edition. Disebabkan ramai family member yang tak makan cheese, so Cik Nurul buat yg 2nd edition without any topping. Konon-konon nak buat perisa lemon. At last, rasa lemon tenggelam yang ada perisa vanilla. Hahhaha.. Tapi yang lagi tak best, Cik Nurul lupa nak snap yg 2nd edition cake. Keluar-keluar je dari oven mak terus potong nak rasa. Tak sabar katanye... Tapi memang best la bila dapat create sponge cake yang gebu gebas ni, ahaks! Ni yang buat tak sabar nak mem baking untuk juadah raya nanti. Nak tau apa rahsia nye nak hasilkan sponge cake yang gebu-gebu ni?? Sabaaarrrr......Stay tuned okeyh....Kita tunggu next entry. Happy fasting guys, assalamualaikum!

Sunday, July 14, 2013

Happy Coming July !

Assalamualaikum w.r.t

Selamat menunaikan ibadah puasa ye kawan-kawan. Dah masuk hari yang ke-4 dah pun. Baru Cik Nurul berkesempatan nak post new entry. Ni pun currently kat office, hari ni berbuka kat office memandangkan ada event yang perlu di settlekan.Nasib badan kan, dah 2 minggu berturut-turut kena berkerja di hari minggu. Sangat tragis kan?

Okey la, hari ni pun dah masuk hari ke-13 bulan Julai. Seperti yg semua tahu, every year Cik Nurul memang teruja and tak sabar menunggu ketibaan bulan Julai. And kebetulan, Julai tahun ni macam-macam benda and thing Cik Nurul dah tempuh and yang bakal Cik Nurul tempuh nanti.

1st, seperti biasa 2nd July which is my birthday yg ke-23, alhamdulillah.. masih bernafas untuk ke angka ini. Even nothing special, Cik Nurul tetap berterima kasih pada semua kawan-kawan yg wish tak kesah la through facebook, sms, ig, tweet la bagai. Thank for the pray, and may Allah blessed us. Tak lupa jugak satu-satu nye insan yang tak pernah miss my birthday, thank you for the super duper yummy food. Tahun ni terpaksa sambut awal sehari disebabkan masin-masing keja. Penutup untuk birthday girl pulak, dapat la spent time with my ayah bonda sambil makan-makan ikan bakar. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, atas nikmat kasih sayang yang kau berikan. Tapi agak terkilan jugak sebab tak dapat celebrate my birthday with my bestie. Maybe buzy dengan komitmen masing-masing. So, belum sempat lagi nak duduk bergosip semeja lagi dengan depa. Hurmm, so sad kan? Tinggal senegeri tapi bukan main payah nak nampak batang hidung masing-masing.

Thanks for the tea break!
Sesi bersama mak ayah pulak

2nd thing, actually 1st July aritu merupakan hari pertama Cik Nurul berpraktikal. Entry before ni kan Cik Nurul sibuk mencari tempat praktikal rite? Finally, Cik Nurul decide untuk berinternship di RTM Melaka. Alhamdulillah, minggu pertama yang agak membosankan bila Cik Nurul terpaksa rotate setiap department kat sini. Memang takde keja, 2nd week baru Cik Nurul di tempatkan kat bahagian rancangan. Agak menarik even though kerja-kerja kat situ tak ada kena mengena dengan course Cik Nurul. But, Im really enjoyed it. Setakat hari ni, dah 2 kali Cik Nurul joined kerja-kerja luar. Last week joined depa untuk rakaman raya and this week jelajah ramadhan rtm. Memang buzy la minggu ni menyiapkan segala macam hal yang berkaitan dengan jelajah ramadhan ni. Yang best nye kat Melakafm ni, staff semua ramah tamah. Tak kisah la dari akak-akak pembantu am sampai la abang-abang konti, encik-encik penyelia, tuan pengarah semua memang sempoi. Even though ada jugak bos-bos yang agak complicated gila, tapi depa semua ajar kita erti sabar. Haha.. Yang penting tanamkan kat hati, kita nak belajar and Insyaallah, everything will be fine. Memang berkerja dalam perkhidmatan awam ni ajar kita erti sabar bila berdepan dengan pelbagai level of pangkat diorang. Yang dia nak ini, yang dia pulak nak itu. Masing-masing ada pendapat sendiri. At last, part paling susah bila kita ditugaskan untuk combine kan idea dan pendapat depa dalam a piece of paper. Memang sangat compicated! Okey enough cerita pasal ni, rase macam dah sakit kepala balik lak, huhu... takpe ade lagi 6 minggu lagi Cik Nurul perlu tempuh. Hopefully everthing dalam keadaan tiptop and baik-baik saja.

My 1st day..

Tragis gila kan!

Bersama tulang belakang yg menjayakan program rakaman drama
khas bulan puasa "Inang-inang buah Melaka"

1st event yang saya participated "Program Rakaman Raya Melakafm
& TVi"

2nd event sempena "Jelajah Ramadhan 2013" anjuran
RTM

Lepas dari Program Jelajah Ramadhan ada majlis berbuka puasa bersa
staff-staff Melakafm
3rd, 10hb lepas jugak merupakan 1st day kita berpuasa, Alhamdulillah.. Berkesempatan jugak kita bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Mudah-mudahan segala amal ibadat kita di terima Dia, and moga kita dapat menjalani Ramadhan kali ini dengan tenang dan sempurna.  Macam biasa la, Cik Nurul tiap-tiap tahun pasang niat nak berterawih full sebulan, tapi selalunya mesti ada hari-hari yang malas nye datang. Insyaallah, mudah-mudahan kali ni ye kawan-kawan! Huhu...

Next time Cik Nurul upload pic ye untuk entry ni ye.. okey, selamat malam! Selamat berpuasa korang-korang semua!

Friday, May 17, 2013

Mimpi Ohh Mimpi

Salam hari Jumaat..yearhhh! Esokk dan lusa cutiii... Pagi tadi, lepas je mandi Cik Nurul termenung memandang pemandangan yang ada kat depan rumah sewa ni. Tiba-tiba terlihat la satu objek yang ada kene mengena dengan kerja si seseorang ni. Dengan tak semena-mena, Cik Nurul teringat mimpi malam tadi. Yup, Cik Nurul baru teringat yang malam tadi dia datang dalam tidur Cik Nurul. More than 1 year, Cik Nurul tak dapat bertentang mata dengan dia. Akhirnya,sudi jugak dia datang walaupun sekadar dalam mimpi. Cukup lah mengubat rindu yang sarat kat hati ni. Mungkin malam tadi kali terakhir kami berjumpa, siapa tahu kan? Moga dia dalam keadaan yg baik dan diberikan tubuh badan yang sihat. Hanya tu je yang Cik Nurul mintak, walaupun Cik Nurul tahu yang kami takkan dapat berjumpa lagi.. Cukup la, hanya doa yang dapat Cik Nurul kirimkan untuk si dia.. Assalamualaikum, happy weekend semua!

Tuesday, May 14, 2013

Onde-onde melaka

Assalamualaikum w.r.t
Ahad lepas, ada gak kesempatan Cik Nurul menghabiskan masa kat dapur. Kebetulan, terjumpa pulak kelapa muda kat area perumahan ni. Apa lagi, rajin la Cik Nurul mengolah benda ni sorang-sorang. Memang tersangat senang nak buat kuih ni. Pejam mata pun boleh siap tau. Huhu..

Okey, antara bahan-bahan yang kita perlukan :
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung gandum
1 cawan air
Sedikit pewarna hijau
Srdikit perasa pandan (try gak letak,tp tak sedap sangat bau dia)
Gula melaka yang didadu kecil
Kelapa parut muda yang dah digaul bersama sedikit garam

Cara-caranya :
1. Campurkan tepung pulut,tepung gandum dan pewarna hijau.
2. Uli sehingga boleh di gentel, jangan terlalu lembik pulak.
3. Bila adunan dah okey, buat la ikut bentuk yang korang suka. Masa mengentel tu, letak la gula melaka srbagai intinye.
4. Dalam masa yang sama, make sure korang dah didihkan air dalam periuk.
5. Masukkan kuih korang tu ke dalam periuk, bila dia dah terapung maknenya dah masak la tu.
6. Gaulkan bersama kelapa, siap dihidang.
Senang kan? Selamat mencuba..