Ada di antara pembaca yang berkata, saya kecewa dalam bercinta dalam ruangan komen. Pada mereka yang mengenali saya, mungkin akan berkata, mereka yang membuat andaian sebegitu adalah gila. Saya setuju.
Sebab apa, saya kecewa bercinta dengan siapa.Sebab belum ada atau tiada sesiapa yang duduk bertenggek di hati ni. Tapi tak salah kan mereka juga. Mungkin dari entri tersebut yang menampakkan dari mata mereka bahawasanya saya kelihatan baru gagal bercinta. Maafkan mereka wahai sahabat-sahabat yang disekeliling saya. Terasa sedikit penghargaan sebenarnya dari mereka juga, sebab dari entri tersebut, maksudnya mungkin sedikit sebanyak memberi impak kepada mereka ketika membacanya.
Terlanjur di entri ini berkata tentang bercinta, sedikit sahaja mahu berkongsi tentang kenapa ramai orang kecewa dalam bercinta. Bukan sebagai pakar bercinta, ataupun menampilkan diri sebagai pakar sakit jiwa. Cuma memberi pendapat peribadi apa yang saya lihat dan saya alami selama ini.
Ada mereka yang pernah tahu kisah hidup saya, lalu bertanya. Kenapa saya tenang atau tidak pernah rasa sedih bila hilangnya sesuatu. Bagi saya cuma satu jawapan sahaja. Itu bukan sebahagian rezeki untuk saya.
Hidup menghadapi cinta, mungkin terlalu mudah bagi orang lain. Bagi saya sebaliknya. Bukan kerana saya terlalu kecewa ataupun mengemis cinta seseorang. Itu satu tuduhan sebenarnya. Hak masing-masing untuk kita timbulkan soal privasi.

Cuma satu sahaja pendapat daripada saya. Kadangkala di cintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan. Daripada di cintai hanya perlu mendepa tangan menerima dengan hati yang terbuka bersama doa dan redha.Titik.
Saya bukanlah pakar bercinta. Itu hanya hakikat kehidupan yang perlu kita tahu sebenarnya.Itu sahaja yang mampu di beri sebagai perkongsian kali ini. Teruskan melangkah. Jangan tegak berdiri menanti cinta sahaja. Hidup ini untuk beramal kepada-Nya bukan berdiri menanti cinta dunia.Wasalam.

p/s: Bercinta tu bkn something yg mudah, sekali kita menyayangi seumur hidup kan kita kenangi. So, pada kita semua , jgn sesekali kita mempermainkan hati seseorang . Bkn mudah menghadapi detik - detik sukar dlm kehidupan. Kita perlukan segala macam kekuatan, ingat ! bukan senang untuk mendapatkan kekuatan itu.
Perlukan seberapa lama yang perlu, dan jgn sesekali buat orang lain kecewa dengan segala tipu helah kita. Sesungguhnya sakitnye umpama ditusuk dgn mata pisau yg amat tajam . . .
No comments:
Post a Comment