Selamat malam & selamat pagi semua. Macam ni la jadinye bile pagi jadi malam, malam jadi siang. Terdetik nak menulis entry ni. Ni semua angkara someone yg agak keterlaluan mengugut dan menuduh saya cube nak merampas hak dia. Tolong lah, kalau lah dia tu jutawan paling kaya kat dunia ni xpe la, berbaloi jugak nak direbut- rebut kan. Kenapa dan mengapa semua ni jadi ye??
Pada pendapat saya, semua ni tak kan jadi bila si kaum Adam bercakap yang benar, tak menipu si kaum Hawa. Tau lah populasi kaum Hawa melebihi kaum Adam, tapi tu tak sama sekali membenarkan si lelaki untuk memasang dua, tiga, atau empat. Tak kisah lah dalam situasi mereka sedang bercinta or dah berkahwin.
Bile si lelaki mengaku single, yang jadi mangsa kami yg bernama wanita. Yang berperang pon kami jugak nanti, tak ke menyusahkan kita lagi. Saya sangat tak respect insan-insan lelaki yg tak berani nak mengaku status diorang. Cube jadi someone yg jujur, kalau dah ade tunang cakap je dah bertunang. Kalau dah kawin cakap je dah kawin. Kan senang, tak payah menyusahkan orang lain nanti, betul tak? Ni tidak diorang nak tunggu hubungan tu dah dihidu pasangan masing- masing baru nak mengaku and nak explain bagai. Adil ke tu buat si perempuan?
Dan satu hal lagi, bile hubungan tu dah terang lagi bersuluh yg merana nanti si perempuan jugak. Nak ke tak nak diorang mesti putuskan hubungan tu. Semata- mata tak nak menyakitkan hati si pasangan nye. Tapi, dapat kite bayangkan macam mana remuk nye hati si kekasih yg ditinggalkan tu?? Even tu bukan salah diorang pon, mereka ditipu hidup- hidup dengan si jantan yg tak berapa tak guna tu. Sorok kan identiti sendiri, macam tu contoh lelaki yg budiman? Tu in case kalau si lelaki yg tak berterus terang, penipu dll.
Ok kat sini 10 tanda lelaki yg berstatus bahaya, jom bace !
- Lelaki yg sering berkata "Abang memang sayangkan ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yg lebih serius". Lelaki seperti ini berbahaya. Awas, lelaki seperti ini memang bahaya ia mungkin hanya ingin mempermainkan kamu dan kamu belum ada dalam kamus hidupnya.
- Lelaki yang telefon atau SMS mengikut suka hati mereka sahaja. Apabila kamu perlukan dia, bayang dia pun tidak kelihatan.
- Lelaki yg suka ajak dating, tapi bukan dating pun. Si dia mengajak kamu keluar kerana bosan dan tidak mempunyai kawan untuk berbual. Dia terlalu peramah dengan kamu sehinggakan kamu merasa diri kamu terlalu istimewa.
- Lelaki yg sudah ade kekasih tetapi selalu call, sms dan berjumpa kamu. Oh, ini lelaki yg paling bahaya. Dan lelaki jenis ini memang ramai dan ada di mana- mana sahaja. Lelaki jenis ini apabila terkantoi dengan kekasih, mereka akan mengatakan kamu hanya kawan biasa sahaja. Tentu sakit hati kan ! Lelaki jenis macam ni ternyata macam buaya tembaga yg tak laku.
- Lelaki yg sering berfikir semu perkara yg mereka lakukan betul. Aduh, pandangan kamu semuanya salah., sedangkan semua pandangan dia je la yg betul. Mereka ni jenis pentingkan dirisendiri langsung tidak memikirkan perasaan orang lain, termasuklah perasaan kamu.
- Lelaki yg selalu blur, contohnya lelaki yg tidak faham kehendak wanita. Walaupun kamu sudah berterus terang tapi mereka hanya menganggap ia perkara remeh. Nampak sangat mereka tidak menjaga perasaan kamu.
- Lelaki yg tidak tahu kehendak sendiri. Kalau mereka sendiri tidak faham kehendak hati mereka janga harap mereka akan faham kehendak kamu.
- Lelaki yg 24 jam hendak berkepit atau bersama kamu tanpa mengira keadaan. Jika tidak pun mereka akan sentiasa telefon, sms dan ingin berjumpa selalu. Awalnye mungkin kamu tidak kisah, namun lama- kelamaan pasti kamu akan rasa rimas dan lemas.
- Lelaki yg suka mengutuk lelaki lain dengan harapan kamu tidak akan mendekati lelaki tersebut. Lelaki seperti ini kuat cemburu dan janganlah terkejut sekiranya lelaki ini tergolong dalam golongan lelaki yg mengada-ngada.
- Lelaki yg tidak dapat memberi layanan yg baik dan betul kepada seorang wanita. Apa lagi yg kamu harap?? Buat seksa jiwa sahaja. Nampak sangat lelaki jenis ini sukar hendak membahagiakan kamu. Jadi carilah orang lain yg boleh membahagiakan kamu.
Sumber--->>http://sayang.sibintang.com/2010/01/10-tanda-lelaki-berstatus-bahaya/
No comments:
Post a Comment