Assalamualaikum w.r.t..berkurun dah tak jenguk ke sini. Alhamdulillah, masih diberikan kesihatan yang sempurna untuk bernafas di bumi Allah ni. Alhamdulillah,Cik Nurul seperti jugak Cik Nurul yang dulu. Walaupun diuji dengan segala macam dugaan, syukur Cik Nurul mampu hadapi semua ni. Tergerak hati ni nak menulis sesuatu, selepas terbaca sesuatu. Mengalir air mata ni, Tuhan je tahu macam mana perasaan ni. Bukan senang nak padam semua kenangan dengan insan yang pernah wujud dalam hati. Kadang-kadang bila rindu tu datang, sehari-hari airmata ni jadi teman. Cik Nurul bukan jenis yang suka mengadu domba hal-hal berkaitan hati dengan orang even kawan rapat yang pernah tido sebantal,sekatil.Kalau hal-hal yang seronok tu,ye la. Tak salah share bahagia kita dengan orang lain. Cik Nurul tak suka tunjuk kan airmata pada orang lain, tapi ada jugak la a few time bila tak dapat sorokan mata yang merah terpaksa la jugak bercerita kan. Huhu...
Cik Nurul cuma mintak Allah beri kekuatan pada Cik Nurul. Bantu Cik Nurul jadi insan yang paling kuat. Cik Nurul nak jalani kehidupan yang bahagia dengan kawan-kawan, keluarga yang selalu jadi tulang belakang Cik Nurul. Kalian sumber kekuatan Cik Nurul. Terima kasih selalu ada bila Cik Nurul perlukan korang. Dah malas nak fikir soal hati, perasaan ni lagi. Bila sampai masa nye, Insyaallah Cik Nurul yakin si dia akan sampai dengan sendirinye. Yakin je dengan percaturan Dia. Setiap kejadian wanita adalah dari tulang rusuk lelaki, dan setiap tulang rusuk tu dah dijanjikan siapa pemiliknya oleh Allah. Tak salah menunggu, tak rugi jugak kita bersabar. Okey, selamat malam! Moga mimpi kita sampai le bintang...