Monday, April 2, 2012

Love Phase ♥

Assalamualaikum w.r.t

Salam hari Isnin, hari ni dah 2 April 2012. Pejam celik kejap je dah masuk suku tahun 2012. Alhamdulillah, masih di izikan bernafas. Minggu-minggu mid term exam, baru lepas paper yg kedua untuk semester ni. Lagi a few day dah start mid-term break. Alahai, terasa nak balik kampung pulak. Huhu...

Okey,

Actually, April ni genap dah 4 bulan kita berkenalan kan awak ? Jangka masa yg agak singkat, tapi amat penuh bermakna  untuk saya. Alhamdulillah, kita masih di izinkan untuk mengenali antara satu sama lain. Tuhan tu maha kaya, kadang- kadang Dia tarik kebahagiaan yg lalu, untuk menggantikan kebahagiaan kita hari ni. Saya amat besyukur dipertemukan dengan awak.


  • 31 December 2011 : Ingat tak lagi first time kita berborak kat chat room. Awak jual mahal ngan saya, tapi at the end kita jadi kawan berborak. Hehe.. Selamat tahun baru 2012 awak :)

  • 4 January 2012 : Malam Rabu, first date kita, hehe.. Awak bayangkan tu la 2nd paper exam saya sem lepas. Saya ingat lagi, tu paper Bahasa Arab saya. Time jawab exam tu, dah tak tenang dah hati ni. 30 minit before exam habis saya dah keluar dari examination hall. Dalam hati ni, tuhan je la yang tau. Dengan baju kurung nye, buku-buku nye. 1st date yg tak kan saya lupekan. Lepas makan, awak hantar saya balik. Ingat kan tu lah kali terakhir saya dapat jumpe awak. Tapi, tak sangka pulak awak bg good response. Dalam hati ni kata, ada harapan la kot :)



  • 15 January 2012 :  Last day saya kat Sarawak, the next day saya kena balik kampung sebab semester break. Ikut kan hati, kalau tiket flight belum beli. Memang saya tak balik kampung time tu. Hehe... bermula lah episod kita berjauhan, awak kat Sarawak saya kat Melaka. Baru nak berkenal-kenalan, dah terpaksa berjauhan. Apa boleh buat, awak ada komitmen kerja yang amat menguji kesabaran saya. Tapi tak pe la awak, saya sentiasa doakan keselamatan awak dari jauh.

  • 28 February 2012 : Selamat hari ulang tahun awak. Semoga awak sentiasa di murahkan rezeki, panjang umur dan moga di panjangkan umur. Sangat sedih, saya dah sampai Sarawak dah pun, tapi tak dapat nak celebrate birthday dengan awak. Saya nak bagi something kat awak,tapi sampai sekarang pun tak dapat nak bagi awak. Sampai dah berhabuk dah benda tu awk, hehe... Nanti kalau ada rezeki kita jumpa, saya bg kat awak ye :)

  • March 2012 : Bulan ketiga saya tanpa awak kat sisi saya. Tapi, makin jauh awak pergi makin rindu pulak saya kat awak. Moga segala kerja awak di permudahkan, dapat la kita jumpa nanti :)

  • April 2012 : Saya still kat sini, menunggu dan menunggu awak. Cepat-cepat balik ye awak! :)