Thursday, November 15, 2012

Bile Cik Nurul Masuk Dapur!

Assalamualaikum w.r.t

Okey, memandangkan hari ni cuti umum sempena Awal Muharam 1434 Hijrah. Selamat Tahun semua, memandangkan dah terlalu lama tak update blog ni, rasa macam blog ni dah makin memboringkan la pulak.
Bukan ape, kadang-kadang tu takde isu or idea menarik yang boleh di tulis. Okey, hari ni Cik Nurul nak share satu menu yang memang superb + senang + cepat = memang terbaik!

Memandangkan kebanyakan kawan-kawan Cik Nurul yang dah jadi outsider mulai semester ni, Cik Nurul selalu lah jugak menumpang tinggal kat rumah sewa depa. Dah makin bosan tinggal kat hostel tu, tambah-tambah pulak dapat roomate yang memang takkan sekepala. Makin bertambah-tambah la pressure nye.

Selalu nye bile tumpang kat rumah diorang ni, diorang akan suruh Cik Nurul masuk dapur masakkan makanan untuk diorang. Sebab diorang malas,ngeeee! Mula-mula tu agak kalut la jugak. Sebab nye, kalau kat rumah mak memang tak percaya kan Cik Nurul untuk memasak. Maksudnya, nak served kan makanan tu untuk family memang tak pernah la. Selalunya Cik Nurul jadi assistant mak je. Huhu..

Bila Cik Nurul tanya kat diorang nak makan ape tengah hari ni? Dorang request ayam masak kunyit! Diorang kata aritu Cik Nurul masak sedap! Katenye lah, sedap ke tak belakang kira. Huhu.. Lagi satu, kawan-kawan Cik Nurul ni memang sangat tak suka makan isi ayam, dapat-dapat part dada..so, Cik Nurul ambik inisiatif sendiri dengan potong isi ayam tu kecik-kecik. So bile makan, takde la rasa muak sangat. Okey, jom kita tengok apa yang perlu untuk sediakan ayam masak kunyit.

Ayam (didadu kecil)
Kunyit
Bawang Besar
Cili Padi
Garam
Serbuk Perasa

Bahan-bahan nye :


Gaulkan ayam yang di hiris dadu bersama kunyit, garam & serbuk perasa
Hiriskan bawang besar & cili padi



Cara-cara nak memasak :


Panaskan minyak dalam kuali

Masukan aam yang dah diperap tadi

Bila ayam dah separuh masak, masukkan bawang dan cili yg dah dihiris tadi


Goreng ayam sehingga masak sepenuhnya, tadaaaa! sedia di hidang


Okey semua, ni je la yang Cik Nurul nak share hari ni.. Menu yang memang sempoi tapi sangat superb! Insyaallah Cik Nurul akan share lagi menu-menu yang sempoi ni. Selamat mencuba semua..!