Monday, April 22, 2013

Puding kastard jagung

Assalamualikum w.r.t
Salam hari isnin, Cik Nurul rasa mesti ramai terkena tempias monday blues kan?? Yeargghh, Cik Nurul antara yang terlibat dan yang terkena tempiasnye hari ni. Permulaan pagi yang agak okey, tapi dah diselitkan dengan insiden-insiden yang menyakitkan hati. So, it sedikit sebanyak effect my whole day. Haha...
Okey, enough la cerita pasal hari isnin ni. Actually semalam Cik Nurul berkesempatan menghabiskan masa di dapur. Yeah, semenjak dua menjak ni suka pulak nak membuat kuih muih. Tapi yang simple-simple and ready to eat la. Okey let proceed to bahan-bahan yang kita perlu ada untuk making this kuih.
Bahan-bahan :
1 cawan tepung kastard
2 cawan air
1 tin sweet corn cream
1 tin susu sejat
Secukup rasa susu pekat manis
Kalau perlu bubuh sedikit gula
Cara-caranya :
1. Masukkan tepung, air, susu sejat and nyalakan api.
2. Masukkan jagung, susu dan gula secukup rasa.
3. Kacau sampai la dia masak. Bila dia dah kental maknanya dah masak la tu.
4. Masukkan ke dalam bekas dan biarkan dia sejuk dalam frezer.
5. Hidang masa dah sejuk, memang the best!
Easy rite! Selamat mencuba..