Friday, May 17, 2013

Mimpi Ohh Mimpi

Salam hari Jumaat..yearhhh! Esokk dan lusa cutiii... Pagi tadi, lepas je mandi Cik Nurul termenung memandang pemandangan yang ada kat depan rumah sewa ni. Tiba-tiba terlihat la satu objek yang ada kene mengena dengan kerja si seseorang ni. Dengan tak semena-mena, Cik Nurul teringat mimpi malam tadi. Yup, Cik Nurul baru teringat yang malam tadi dia datang dalam tidur Cik Nurul. More than 1 year, Cik Nurul tak dapat bertentang mata dengan dia. Akhirnya,sudi jugak dia datang walaupun sekadar dalam mimpi. Cukup lah mengubat rindu yang sarat kat hati ni. Mungkin malam tadi kali terakhir kami berjumpa, siapa tahu kan? Moga dia dalam keadaan yg baik dan diberikan tubuh badan yang sihat. Hanya tu je yang Cik Nurul mintak, walaupun Cik Nurul tahu yang kami takkan dapat berjumpa lagi.. Cukup la, hanya doa yang dapat Cik Nurul kirimkan untuk si dia.. Assalamualaikum, happy weekend semua!