Assalmualaikum w.r.t
Malam ni dikejutkan dengan panggilan seseorang yang tak di sangka-sangka, jeng..jeng...Apa pulak mimpi dia call saya. Entah lah, nak cakap macam kami tengah bercinta mana mungkin. Nak cakap kami dah break off bila masa pulak saya declared bercinta dengan dia. Haish, pelik..pelik..
Okey, actually saya dah berkenalan dengan insan ni hampir setahun jugak lah. Tapi, baru nak menyulam perasaan tetibe saya di kejutkan dengan something yang agak memeranjatkan. Rupe-rupe nya dia ni kekasih orang, itu yang saya rasa dan lihat sebab masa malam kejadian saya terjumpa gambar perempuan, iaitu merangkap kawan kerja dia. Ciissss! Patut la selama ni hati macam tak sedap je, call susah nak berjawab, sms apatah lagi. Bila kita tanya, dia jawab kerja. Mustahil la kan? Kalau dia tu CEO ke, masuk akal la jugak. Mula la saya menjalankan sesi mengintip saya, saya beranikan diri. Sebab saya nak jawapan!
Tapi tu la, Tuhan maha kaya. Dia akan bantu hamba dia yang teraniaya, mungkin salah saya jugak terlalu cepat memberi perasaan tu pada insan yang bernama lelaki. Since dari hari dia terkantoi dengan saya, kitorang mula tak bercontact. Saya sangat sakit hati dengan dia, ingat senang ke nak terima apa yang dia dah buat kat saya. Dia tipu saya hidup-hidup. Siapa yang suka kene tipu kan?
Saya kumpulkan segala kekuatan yang ada, saya cuba untuk lupakan dia. Hati ni jangan cakap lah, kadang-kadang tu terasa kenapa lah saya patut kenal dengan insan-insan yang macam ni. Tapi tu kan ujian Tuhan, kita kena terima dengan ikhlas. Agak lama jugak la saya ambik masa untuk betul-betul okey. Bila kita dah dapat lupakan dia, tiba-tiba pulak dia datang balik. Saya rasa since Mac lepas, dia start call saya semula. Tapi just tanya-tanya khabar gitu. Tak la kerap mana pun, 2-3 kali sebulan. Then saya pun ada jugak la call dia, explain yang saya dah okey. Saya pun tak nak berdendam, saya tahu saya pun silap. Terlalu cepat mengharap, saya cakap la maybe kita boleh berkawan lepas ni. Saya tak harap pape pun dari dia, saya pun bukan jenis perempuan yang suka nak gaduh-gaduh pasal lelaki.
Tapi, yang saya peliknya.. Dalam berborak, dia kata dia sayang. Dia kata dia takde pape hubungan dengan perempuan tu. Tapi, ape kejadahnye pulak letak gambar perempuan dalam wallet sendiri? Nama pun orang lelaki kan? Terang-terang bukti dah ada, tu pun still nak menafikan jugak. Kadang-kadang terlintas jugak dalam hati, kesian betul perempuan tu. At least, awal-awal saya dah tau perangai si lelaki ni. Maybe, hari ni dia jual ayat-ayat manis dia kat saya. Tak mustahil esok luse, maybe mangsa-mangsa lain pulak. Tipu la kalau saya takde perasaan langsung dengan dia. Tapi untuk bercinta rase nya, tak kot. Hati ni dah terlalu tawar untuk dia. Dia kata dia sayang, tapi saya langsung tak dapat rasa kejujuran dari dia... Tu semua just kata-kata yang keluar dari mulut, tapi bukan dari hati. Saya tak buta lagi untuk menilai.
Saya sangat tak respect la kepada anda, lelaki-lelaki yang suka mempermainkan perasaan orang perempuan. Ye, saya tau ada lelaki yang akan bercakap, "orang perempuan yang cepat perasan, cepat sangat mengharap, cepat percaya lelaki, dia lah yang salah. Kitorang ni nak test market je". Ye, tapi kenapa kami yang jadi bahan uji kaji kalian? Ingat, hidup ni macam putaran roda ye kawan-kawan. Benda-benda macam ni kita tak boleh nak predict, mungkin tak esok, lusa anda pula kene tipu. Malah dengan cara yang lebih tragis. Walaupun bukan kene kat batang hidung sendiri, tapi jangan lupa kita still ada mak, kakak, adik-adik yang mungkin akan dijadikan bahan uji kaji kaum kalian. Tapi, harap nye jangan la ada yang terpaksa apa yang saya dah rasa dulu. Amin...