Hati adalah tempat pertama mula hadirnya perasaan cinta. Cinta perlu dibicangkan terlebih dahulu sebelum kita mendedahkan perbuatan dan sikap orang yang dilamun rasa cinta dalam bab seterusnya. Selepas dikaji, perkataan- perkataan yang dijadikan istilah ataupun maksud cinta sebenarnya menggambarkan keadaan hati manusia yang dilanda percintaan. Mungkin kita pernah mengalaminya sendiri. Terdapat tingkat perubahan hati yang akan berlaku apabila cinta mula berputik dalam diri. Perubahan hati perlu dikendalikan dengan teliti, sesuai dengan sifat cinta suci yang hidup bersama batas- batasnya. Seperti kata Johann Wolfgang Von Gothe, "Kita dibentuk dengan apa yang dinamakan sebagai cinta".
Berubah Hati Apabila Cinta Sudah Berputik Dalam Hati
- Hati mempunyai kemahuan yang meluap-luap bagi menemui orang yang di rindui.
- Hati individu yang bercinta tidak mempunyai ruang kecuali untuk orang yang dikasihinya.
- Mereka yang sudah jatuh cinta akan membuka hati supaya bersedia memikul beban pasangan yang dikasihi.
- Hati mula cenderung kepada orang yang dinamakan sebagai kekasih.
- Orang yang sudah jatuh cinta bersedia merelakan hatinya, membuka ruang pertimbangan dalam hal- hal di sekitarnya.
- Hati mula menuruti kata- kata orang yang dicintai.
- Hati cenderung menyatukan kemahuan diri dengan individu yang dicintai.
- Mendahulukan kemahuan orang yang dicintai sebelum dirinya sendiri.
- Sanggup menyingkirkan segala bentuk pengalaman manis atau pahit kekasih hati. Peter Ustinov berkata, "Cinta adalah perbuatan memaafkan yang tiada akhir, dengan wajah yang lembut menjadi tabiatnya.
- Bersedia sepenuh hati bagi menyerah dan berkorban segala- galanya.
- Kemahuan yang tidak tidak pernah berkurangan kepada diri kekasih.
- Hati sentiasa merasakan, setiap nafas dan nadi sentiasa bergerak sealiran dengan orang yang dicintai.
- Hati mula buta melihat orang lain selain daripada diri kekasih, dan tuli bagi mendengar selain daripada suara kekasih.Sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad yang dilaporkan oleh Ahmad, "Kecintaan kamu kepada sesuatu mampu membuatkan kamu buta dan tuli."
- Hati mula terdorong bagi mengorbankan harta dan nyawa, serta sedia mengikutinya secara terang-terangan ataupun secara sembunyi. Tokoh falsafah Lao Tzu berkata. 'Dicintai membuat kamu tabah, mencintai membuat kamu berani."
- Kehendak hati terdorong bagi melakukan perkara yang membuatnya suka dan senang hati dengan kewujudan kita.
- Hati sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan tenang pada setiap masa. Gelisah tanpa dia di sisi. Tenang apabila muncul wajahnya di hadapan mata.