Thursday, January 31, 2013

Pabila Latihan Industri Menyusul....!

Assalamualaikum w.r.t

Okey, sekarang ni Cik Nurul sedang sibuk mempersiapkan segala keperluan untuk latihan industri Cik Nurul.  Insyaallah, 1 Julai nanti bermula la perjalanan baru Cik Nurul, cewwaah! Praktikal baru kan, tapi teruja tu tetap ada. Seriusly, pening jugak la because before ni memang takde pengalaman berpraktikal. Agak kelam kabut dalam menyediakan resume, cover letter, nak short list kan company yang kita confident nak jalankan LI lagi.
Cik Nurul actually lepasan STPM so, memang takde experience langsung la. Memang agak memeningkan kepala, Cik Nurul sendiri belum decide kat mana nak buat LI ni, memang akan buat diri sendiri confuse. Tambahan pulak, fakulti Cik Nurul just bagi surat kebenaran and pengesahan dari organisasi yang akan kita pilih. Tapi takpe la, Cik Nurul cuba sedaya yang mungkin. Doakan segala nya dipermudahkan untuk Cik Nurul ye korang semua. Harap-harap Cik Nurul di jodohkan la dengan company yang boleh membantu Cik Nurul survive bila kat alam pekerjaan nanti. Cik Nurul kena fikir positif. Jangan terlalu mengejar company yang reward elaun yg tinggi, bukan duit yang kejar. Yang paling penting pengalaman!