Sunday, March 18, 2012

Hatimu Untuk Siapa?

Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah, baru berkesempatan nak berkongsi "sesuatu" kat sini. Biasa la, minggu- minggu awal semester ni. Sibuk uruskan itu dan ini. Kuiz, assingment, class tiap- tiap hari menanti. Hehe... Nama pun student life kan, take it easy ye Cik Nurul. Melalui hari- hari sunyi tanpa ada khabar berita from my Mr Syahrul. Buzy sangat la tu, kadang- kadang kesian pun ada. Tapi apa boleh buat, dah itu cara dia cari rezeki. Takpe la, kata orang tua- tua bersusah dahulu bersenang kemudian. Moga kita semakin kuat ye En Syahrul ^_^

Okey, hari nak share sekali lagi hasil karya Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj. Saya antara peminat karya-karya motivasi dia. Dengar nama dia pun rasa macam dah teruja nak explore siapa dia kan?

Let's talk about Hatimu Milik Siapa?

Kepada siapa hatimu harus diberikan, memerlukan satu jawapan yang jujur, telus lahir dari lubuk jiwamu. Sama ada kita sudah mempunyai jawapan mahupun tidak, apakah hati masih milik kita atau telah kita berikannya kepada insan lain. Untuk siapa hatimu, jawablah dengan senada, tanpa teragak-agak.

Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yang bulat, begitu juga untuk bahagia, kita memerlukan hati yang satu, sama ada kita telah berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri. Biar kepada siapa hati itu telah diberikan, pastikan pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika anda memberikan hati separuh-separuh, anda akan mendapat separuh. Jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapat kesemuanya semula.

Cinta yang tulus memang memerlukan pengorbanan. Salah satu pengorbann yang perlu diberikan adalah hati. Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap orang yang anda cintai itu, jangan simpan-sipan lagi. Tak usah reserve untuk orang lain, nanti anda juga mendapat sebahagian hatinya saja. Jujur balasannya nikmat, sebaliknya curang balasannya derita. Sifir hidup ini mudah. Baik balasannya baik, manakala buruk dibalas buruk. Jika anda bermain-main dengan hati, anda juga akan dipermainkan oleh hati. Jujurlah dengan hati sebab kebahagiaan kita letaknya di situ. Hati yang tidak tenang bermula daripada hati yang dicebis-cebiskan untuk diberikan kepada ramai orang, yang sebenarnya tidak berhak terhadapnya.


Hati seorang isteri seharusnya berada seratua peratus di dalam diri suaminya. Manakala hati seorang suami seharusnya berada sepenuhnya dalam diri isteri. Masing-masing tidak boleh reserve walau secebis untuk orang lain. Berbuat begitu bererti mencarik kebahagiaan sendiri. Teori bahagia ialah memilikinya sepenuh hati atau memberikannya sepenuh hati. Berada di tengah-tengah bererti sengaja menyusahkan diri dengan rasa-rasa tidak selesa. Hatimu untuk siapa, sebenarnya satu pertanyaan yang perlu ditanyakan oleh setiapa orang terhadap dirinya sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya untuk orang yang berhak, atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yang tidak sepatutnya menerima?

Setiap kita memerlukan jawapan jujur sebab kedudukan hati kita, hanya kita sahaja yang tahu keadaan statusnya. Juurlah dalam memberikan jawapan. Kejujuran anda memang bermula dari hati yang betul. Jika anda telah mencemamaikan hati dan selalu tidak berlaku jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan setulusnya. Jadilah seperti serikandi tatkala membulatkan hati untuk berjuang. Tiada apa-apa lagi buat dirinya kecuali keseluruhan hatinya telah diberikan untuk matlamat perjuangan. Jika anda telah bergelar isteri, saatnya untuk memberikan sepenuh hati pada sang suami, biar pun dia seorang penagih, tidak bertangunggjawab, malahan curang. Sebab setelah anda merelakan diri untuk menerima seseorang keseluruhan diri anda adalah miliknya.

Dia bukan seorang suami yang baik, itu urusannya dengan Tuhan-nya, dia bukan seorang suami yang soleh, itu urusan dia dengan Tuhan-nya, dia seorang suami yang zalim, tidak bertimbang rasa, curang, kaki perempuan, itu urusan dia dengan Tuhan-nya. Anda tidak sedikit pun akan dipertanggungjawab terhadap semua kekalutannya, tapianda akan bertanggungjawab terhadap hati anda yang sewajibnya anda berikan seratus peratus pada dia. Untuk siapa hatimu, sebuah epilog cinta daripada dua insan yang saling memerlukan. Sama ada anda merelakan ia berpindah ke insan lain, atau anda simpan sendiri itu hak anda yang tiada siapa dapat mempertikaikannya, namun sekiranya hati itu hendak diberikan kepada seseorang, biarlah seseorang itu insan yang betul kerana jika insan yang salah menerimanya, anda akan terus rasa bersalah.

Fikir, renung dan tengok......


*p/s : Haha, jangan buat sebarang spekulasi tentang artikel ni. Sekadar berkongsi apa yang saya rasakan perlu. Tak semestinya untuk yang dah berkahwin je, sesuai untuk semua fasa perhubungan. Actually, kita ni hidup berlandaskan experience orang-orang di sekeliling kita :)