Wednesday, July 27, 2011

::Lupakan Cinta Lama::

Jauh di dalam hati, cinta terus segar dan mewangi. Ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah lama berlalu, namun kita terasa seolah2 dia berada di sisi kita. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya.
Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru saja berlalu. Kita pun tidak sedar usia kita setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.
Jika ada cinta. Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta.
Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, amat tersendiri.
Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudari/saudara * sekarang? Apakah * saudari/saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kadang2 kita sering pujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia sudah tiada. Tapi hati kita takkan percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorang dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.


Perasaan ini seolah2 berasa amat misteri. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.


Ya, itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang. Memang sukar untuk menghilangkan perasaan ini.
Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah diguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah sudah kelihatan jelas, tenaga semakin berkurangan, mata semakin kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.


Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.


"Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH". An-Nisa: ayat 34.


Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dngan usia yg kian bertambah.


sumber:http://arsyad-cinta.blogspot.com/2008/07/lupakan-cinta-lama.html

::Wanita memang setia::

Wahai wanita , anda memang setia !
Memang orang sejujur anda tidak patut dipersia
Tapi anda tak usah expect yang terbaik daripada manusia bernama lelaki


Lelaki memang begitu
Yang benar-benar setia barangkali satu dalam seribu
Mustahil anda mendapat yang satu itu sebab anda pun menemuinya dalam keadaan diri anda yang rapuh , rakus , dan tandus
Pada waktu itu , pokoknya anda mendapat cinta daripadanya , walhal anda telah melihat penampilannya yang sebaliknya


Dipetik daripada Dr Hm Tuah Iskandar Al-Haj menerusi Motivasi Diri Wanita : Membina Peribadi Anggun

Monday, July 25, 2011

Aku Redha


Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku
Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan
Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai 
Betapa cinta padamu
Oh kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan


Sunday, July 24, 2011

Love Sonnet 138 by William Shakespeare


When my love swears that she is made of truth,
I do believe her though I know she lies,
That she might think me some untutored youth,
Unlearned in the world's false subtleties.
Thus vainly thinking that she thinks me young,
Although she knows my days are past the best,
Simply I credit her false-speaking tongue:
On both sides thus is simple truth suppressed:
But wherefore says she not she is unjust?
And wherefore say not I that I am old?
O! love's best habit is in seeming trust,
And age in love, loves not to have years told:
Therefore I lie with her, and she with...

*sumber:http://users.telenet.be/gaston.d.haese/shakespeare.html

Friday, July 22, 2011

::Cinta Bukan Untuk Ditangisi::





Wahai para gadis, cinta bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati. jadi apabila cinta hanya akan menyebabkan anda membuang air mata, maka tinggalkanlah cinta itu, sebab air mata yang tumpah pada detik ini logiknya akan berterusan jika anda berkahwin dengan insan tersebut.

Jika benar dia menyintai anda , mengapa dia harus menyebabkan anda menangis? Jika benar dia sayangkan anda, mengapa harus mempermain-mainkan perasaan anda? Dia hanya ingin bermain atau menguji anda. Tapi anda tiada masa untuk bermain sebab tumpuan anda adalah pelajaran. Siapa dia untuk menguji ketahanan anda sedangkan anda mempunyai tanggungjawab besar untuk masa depan yang gemilang.CINTA YANG SUCI MURNI SERTA TULUS MULUS TIDAK MEMERLUKAN AIRMATA TAPI TERTAWA RIA.

Perhubungan yang harmoni penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yang tenang, lurus dan menuju matlamat; sebaliknya jika sengketa dan airmata mewarnai hari,ia ibarata perjalanan yang tersekat-sekat oleh landasan yang bengkang bengkok, tidak rata dan tidak menuju matlamat.Bergembiralah menyambut kehadiran cinta tapi sebaik saja ia menyebabkan hati anda gelisah serta TUMPUAN ANDA TERHADAP TUHAN dan pelajaran kian menghilang, TINGGALKANLAH CINTA ITU dan binalah cinta yang baru.Cinta bagaikan Laila dan Majnun sudah tiada. Kesetiaan bagaikan Romeo dan Juliet hanya sesuai untuk zaman dahulu kala, tatkala tiada banyak sangat perkara perlu dihambat dalam hidup.Tidak perlu terlalu banyak membuang masa dengan cinta. 

Cinta harus memotivasi kita untuk mengejar kejayaan, bukan menjahanamkan kita dengan perlakuan-perlakuan sumbang.Cinta harus jadi booster kecemerlangan diri. Betul...,ia tiket untuk rasa disayangi tetapi pada masa yang sama jangan sampai diheret perasaan untuk membenci diri sendiri.Cintailah seadanya.....-

*Sumber  :Membina Peribadi Anggun, Dr Hm Tuah Iskandar Al-Haj



Thursday, July 21, 2011

::Rumput & Kasih Sayang::



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Wednesday, July 20, 2011

::Andai Kau Tahu::





Andainya lelaki tahu.. 


Apabila seorang perempuan jatuh cinta, 

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 
Andainya lelaki tahu.. 

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 

itu bukan bermakna dia lemah, 

tetapi dia sedang mencari kekuatan 

untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 



Andainya lelaki tahu.. 

Apabila seorang perempuan marah, 

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya 

tapi percayalah, itulah maknanya 

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. 

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 
Andainya lelaki tahu.. 

Apabila perempuan bercakap banyak, 

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 



Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, 

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 

bukan untuk dirinya, 

tetapi untuk masa depan anda. 


Andai lelaki tahu.. 

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 

bukan bermakna dia tidak sayang.. 

tetapi dia terlalu sayangkan anda 

dan masih menganggap anda anak kecil 

yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 

Naluri keibuannya sangat kuat. 

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 


Andai lelaki tahu.. 

Apabila perempuan merajuk, 

jangan kata dia mengada-ngada. 

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit 

atau hadiah sedozen, 

tetapi cukup dengan perhatian 

yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai 

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 

bukan hanya hadir dari kata-kata 

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. 
Andai lelaki tahu.. 

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 

dia benar-benar maksudkannya. 

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya 
kerana dia hanya mahu menguji kamu. 

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 


Selagi dia dengan kamu, percayalah, 

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya 

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 


Andai lelaki tahu.. 

Apabila perempuan menjadi degil, 

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 

tapi dia mahu melihat 

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 

Andai kena caranya, 

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 



Andai lelaki tahu.. 

Apabila perempuan berkata, 

“tolong tinggalkan saya!”, 

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 


Apabila dia kembali tenang, 

percayalah dia akan mencari anda semula. 

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 


Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. 

Dia terlalu emosional. 

Tapi dialah yang paling menyayangi anda 

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 


Andai lelaki tahu.. 

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 

dengan perbezaan yang tersendiri. 

Tetapi sekiranya mereka saling memahami, 

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. 

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 

Di sebalik air matanya, 

tersimpan seribu satu kekuatan 

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah 

tapi dia punya kekuatan tersendiri 

yang bisa menggoncang dunia 

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda 

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu 

yang terbaik untuk anak2 anda.






*Catatan : Sumber dari Facebook