Tuesday, January 24, 2012

Serapuh Cinta Lelaki ♥

Pernahkah kita lihat seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita? Kemudian penuh ikhlas dia memelihara cintanya itu dan amat setia memupuknya saban hari?

Memang sukar untuk melihat lelaki benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita. Kalau adapun, setelah dia merasakan cintanya berbalas, perasaannya mudah terbelah pada perempuan lain.

Namun lelaki masih seorang manusia. Walaupun hatinya keras, ia boleh dengan tiba- tiba menjadi lembut laksana kapas. Ketika itu dia benar-benar jatuh cinta dan hanya andalah yang terpateri di hatinya.

Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta, dia akan menumpahkan sepenuh kasih sayangnya kepada wanita yang di cintainya itu. Dia akan berpegang pada janjinya dan sanggup berkorban apa saja agar pilihannya tidak menghilang.

Lelaki biasanya jujur dengan cinta pertama dan mula bosan dengan permainan perasaan pada cinta-cinta kedua, ketiga dan seterusnya. Biasanya lelaki yang belum tercemar oleh cinta palsu sang wanita adalah insan paling jujur dalam bercinta. Tetapi sebaik sahaja dia dikecewakan, dia akan bertindak membalas dendam lalu mudah berdusta pada cinta-cinta seterusnya.

Lelaki insan pelik. Dia memiliki keperkasaan tapi runtuh apabila berdepan dengan cinta. Tidak mustahil lelaki sanggup menangis dan merayu-merayu apabila cintaninya didustai.

Begitulah lelaki, tidak akan berasa sempurna tanpa wanita di sisinya, tetapi tatkala seseorang wanita telah menumpahkan sepenuh ketaatan padanya, kadang- kadang egonya memuncak pula. Kadang-kadang penghargaannya menjadi kurang tetapi apabila ditinggalkan dia akan berasa amat kehilangan dan segera mahukan pengganti.





Lelaki selalunya jujur tapi ramai juga yang berbangga memiliki dua tiga cinta dalam satu masa. Dia berasa gah memiliki dua tiga hati dalam masa yang sama. Ketika itulah dia akan membuat penilaian siapakah yang terbaik di antara ketiga-tiganya. Jarang dia hendak berterus-terang, selalunya dia bermain cinta dengan ketiga-tiganya serentak hinggalah pada suatu ketika dia akan mengakhiri zaman bujangnya. Dia sanggup mengecewakan wanita-wanita yang dirasakannya kalah dalam pertandingan senyap yang hanya dia mengetahuinya.

Namun, sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Tapi dia jarang hendak menyelami perasaan wanita yang dilukainya itu,padahal dia tahu sakitnya jika dia sendiri dilukai.

Keegoan lelaki bermula dari awal dan berpanjangan hingga ke akhir. Apabila kita telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga bahawa kita sedang berjinak-jinak dengan keegoannya sama. Jika harapkan perhubungan kita dengannya sentiasa membuahkan tertawa, banyak juga air mata anda bakal terderai sama.

Lelaki jujur selalunya menerima nasib yang kurang menyebelahinya. Lelaki jujur mudah terperangkap dalam gerak-geri wanita yang hanya mahu berseronok-seronok digilai oleh ramai orang. Lelaki kurang jujur pula akan memperdayakan begitu ramai wanita yang jujur.

Nampaknya hidup bagaikan seimbang. Antara lelaki dengan perempuan, cinta yang menjadi penambat kadang-kadang tidak berakhir sebagai jambatan penghubung, tapi putus dan runtuh, musnah atau sengaja dimusnahkan oleh salah satu pihak. Kadang-kadang terikat kemas dan terus bertahan, tapi tatkala jambatan telah direntang, ia goyah oleh taufan.

Hanya pasangan yang berjaya mengukuhkan kembali ikatan akan kekal dengan senyuman.


Apabila kita telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga bahawa kita sedang berjinak-jinak dengan keegoannya sama.




*sumber : Membina rasa cinta by Dr HM Tuah Iskandar al- Haj

Monday, January 23, 2012

Ikhlas Tapi Jauh ♥ ♥

Assalamualaikum w. r. t
Dah beberapa hari sampai di bumi Melaka
Terubat semua rindu la, hehe
Dah pukul 2.30 am, penat tambah mengantuk

Tapi....
Sangat rindu kat Encik Syahrul a.k.a Mr Celcom sy ler
So kene la post entry ni
Ape la jadi kat dia agaknye ye
Cepat- cepat la keluar dari hutan tu yang oi
Baru sikit tu dugaan long distant relationship ni
Redah je la kan..


" Bila- bila kiranya diriku perlu
Hari yg murung
Terdengar nada yg riang
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku 
Memikul beban nya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman 
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh
Jauh... "




Saturday, January 14, 2012

Bile Si Lelaki Mengaku Single and Available...

Assalamualaikum w.r.t


Selamat malam & selamat pagi semua. Macam ni la jadinye bile pagi jadi malam, malam jadi siang. Terdetik nak menulis entry ni. Ni semua angkara someone yg agak keterlaluan mengugut dan menuduh saya cube nak merampas hak dia. Tolong lah, kalau lah dia tu jutawan paling kaya kat dunia ni xpe la, berbaloi jugak nak direbut- rebut kan. Kenapa dan mengapa semua ni jadi ye?? 


Pada pendapat saya, semua ni tak kan jadi bila si kaum Adam bercakap yang benar, tak menipu si kaum Hawa. Tau lah populasi kaum Hawa melebihi kaum Adam, tapi tu tak sama sekali membenarkan si lelaki untuk memasang dua, tiga, atau empat. Tak kisah lah dalam situasi mereka sedang bercinta or dah berkahwin.
Bile si lelaki mengaku single, yang jadi mangsa kami yg bernama wanita. Yang berperang pon kami jugak nanti, tak ke menyusahkan kita lagi. Saya sangat tak respect insan-insan lelaki yg tak berani nak mengaku status diorang. Cube jadi someone yg jujur, kalau dah ade tunang cakap je dah bertunang. Kalau dah kawin cakap je dah kawin. Kan senang, tak payah menyusahkan orang lain nanti, betul tak? Ni tidak diorang nak tunggu hubungan tu dah dihidu pasangan masing- masing baru nak mengaku and nak explain bagai. Adil ke tu buat si perempuan?




Dan satu hal lagi, bile hubungan tu dah terang lagi bersuluh yg merana nanti si perempuan jugak. Nak ke tak nak diorang mesti putuskan hubungan tu. Semata- mata tak nak menyakitkan hati si pasangan nye. Tapi, dapat kite bayangkan macam mana remuk nye hati si kekasih yg ditinggalkan tu?? Even tu bukan salah diorang pon, mereka ditipu hidup- hidup dengan si jantan yg tak berapa tak guna tu. Sorok kan identiti sendiri, macam tu contoh lelaki yg budiman? Tu in case kalau si lelaki yg tak berterus terang, penipu dll.


Ok kat sini 10 tanda lelaki yg berstatus bahaya, jom bace !
  • Lelaki yg sering berkata "Abang memang sayangkan ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yg lebih serius". Lelaki seperti ini berbahaya. Awas, lelaki seperti ini memang bahaya ia mungkin hanya ingin mempermainkan kamu dan kamu belum ada dalam kamus hidupnya.
  • Lelaki yang telefon atau SMS mengikut suka hati mereka sahaja. Apabila kamu perlukan dia, bayang dia pun tidak kelihatan.


  • Lelaki yg suka ajak dating, tapi bukan dating pun. Si dia mengajak kamu keluar kerana bosan dan tidak mempunyai kawan untuk berbual. Dia terlalu peramah dengan kamu sehinggakan kamu merasa diri kamu terlalu istimewa.
  • Lelaki yg sudah ade kekasih tetapi selalu call, sms dan berjumpa kamu. Oh, ini lelaki yg paling bahaya. Dan lelaki jenis ini memang ramai dan ada di mana- mana sahaja. Lelaki jenis ini apabila terkantoi dengan kekasih, mereka akan mengatakan kamu hanya kawan biasa sahaja. Tentu sakit hati kan ! Lelaki jenis macam ni ternyata macam buaya tembaga yg tak laku.
  • Lelaki yg sering berfikir semu perkara yg mereka lakukan betul. Aduh, pandangan kamu semuanya salah., sedangkan semua pandangan dia je la yg betul. Mereka ni jenis pentingkan dirisendiri langsung tidak memikirkan perasaan orang lain, termasuklah perasaan kamu.
  • Lelaki yg selalu blur, contohnya lelaki yg tidak faham kehendak wanita. Walaupun kamu sudah berterus terang tapi mereka hanya menganggap ia perkara remeh. Nampak sangat mereka tidak menjaga perasaan kamu.
  • Lelaki yg tidak tahu kehendak sendiri. Kalau mereka sendiri tidak faham kehendak hati mereka janga harap mereka akan faham kehendak kamu.
  • Lelaki yg 24 jam hendak berkepit atau bersama kamu tanpa mengira keadaan. Jika tidak pun mereka akan sentiasa telefon, sms dan ingin berjumpa selalu. Awalnye mungkin kamu tidak kisah, namun lama- kelamaan pasti kamu akan rasa rimas dan lemas.
  • Lelaki yg suka mengutuk lelaki lain dengan harapan kamu tidak akan mendekati lelaki tersebut. Lelaki seperti ini kuat cemburu dan janganlah terkejut sekiranya lelaki ini tergolong dalam golongan lelaki yg mengada-ngada.
  • Lelaki yg tidak dapat memberi layanan yg baik dan betul kepada seorang wanita. Apa lagi yg kamu harap?? Buat seksa jiwa sahaja. Nampak sangat lelaki jenis ini sukar hendak membahagiakan kamu. Jadi carilah orang lain yg boleh membahagiakan kamu.
So, as a wanita kita tak boleh nak bagi 110% kepercayaan pada si lelaki tapi tak boleh la jugak kalau every second kite syak wasangka pada dia. Lain pulak jadinye nanti. As a conclusion,semua manusia harapkan pendamping or pasangan yg terbaik, tipu lah kalau ada orang yg tak nak bahagia. Plus semua impikan perkahwinan yg harmoni, aman, damai till the end of  our life. Moga info- info kat atas boleh bantu kita cari Mr Perfect kita ye, hehehe....

Sumber--->>http://sayang.sibintang.com/2010/01/10-tanda-lelaki-berstatus-bahaya/




Friday, January 13, 2012

Doaku Untukmu Sayang... ♥


Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang


Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi 
Tuk satu kan kami di syurga nanti


Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia


Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia....


p/s: Saya mintak maaf. Tak sengaja pon nak buat awak terasa. Janji dah lepas ni orang tak cakap macam tu lagi. Maafkan saya tau awak ♥

Friday, January 6, 2012

Tq Mr Celcom ♥

Assalmualaikum w.r.t

Thanks a lot to my Mr Celcom


For spent your time with me
Really appreciate that!
Just a short word for you
Hehe..

Beribu bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih ku ucapan

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Menganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memoori kita di arena ini
Kau ilham ku..
Kau ilhamku..