Tuesday, April 10, 2012

Usah Dikenang Cinta Yang Lalu..

Assalamualaikum w.r.t

Hari ni nak berkongsi kenapa kita perlu melupakan cinta yang lalu. Artikel yg saya jumpa time dok selak-selak blog orang. Ya, saya akui bukan senang tapi dalam masa yg sama kita Harus and Make sure our problem solve. Nama pun soal hati and perasaan, kalau tidak masa kan ada orang bunuh diri, telan racun sebab putus cinta. Nauzubillahminzalik, moga kita sentiasa diberi kekuatan dan iman yg kuat, Amin... Ouucchh, kan dah membebel tu.. my opinion is, tak perlu la nak seksa diri sendiri. Maybe bila dah break of dengan pasangan masing - masing, kita akan jadi more independence and appreciate our own life.





Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi. Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.
Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati. Kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah - olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang - kadang boleh merosakkan jiwa kita. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup? Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta, berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan, orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.


Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita. Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya. 
Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman.

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.




Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

"Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi.."



Monday, April 2, 2012

Love Phase ♥

Assalamualaikum w.r.t

Salam hari Isnin, hari ni dah 2 April 2012. Pejam celik kejap je dah masuk suku tahun 2012. Alhamdulillah, masih di izikan bernafas. Minggu-minggu mid term exam, baru lepas paper yg kedua untuk semester ni. Lagi a few day dah start mid-term break. Alahai, terasa nak balik kampung pulak. Huhu...

Okey,

Actually, April ni genap dah 4 bulan kita berkenalan kan awak ? Jangka masa yg agak singkat, tapi amat penuh bermakna  untuk saya. Alhamdulillah, kita masih di izinkan untuk mengenali antara satu sama lain. Tuhan tu maha kaya, kadang- kadang Dia tarik kebahagiaan yg lalu, untuk menggantikan kebahagiaan kita hari ni. Saya amat besyukur dipertemukan dengan awak.


  • 31 December 2011 : Ingat tak lagi first time kita berborak kat chat room. Awak jual mahal ngan saya, tapi at the end kita jadi kawan berborak. Hehe.. Selamat tahun baru 2012 awak :)

  • 4 January 2012 : Malam Rabu, first date kita, hehe.. Awak bayangkan tu la 2nd paper exam saya sem lepas. Saya ingat lagi, tu paper Bahasa Arab saya. Time jawab exam tu, dah tak tenang dah hati ni. 30 minit before exam habis saya dah keluar dari examination hall. Dalam hati ni, tuhan je la yang tau. Dengan baju kurung nye, buku-buku nye. 1st date yg tak kan saya lupekan. Lepas makan, awak hantar saya balik. Ingat kan tu lah kali terakhir saya dapat jumpe awak. Tapi, tak sangka pulak awak bg good response. Dalam hati ni kata, ada harapan la kot :)



  • 15 January 2012 :  Last day saya kat Sarawak, the next day saya kena balik kampung sebab semester break. Ikut kan hati, kalau tiket flight belum beli. Memang saya tak balik kampung time tu. Hehe... bermula lah episod kita berjauhan, awak kat Sarawak saya kat Melaka. Baru nak berkenal-kenalan, dah terpaksa berjauhan. Apa boleh buat, awak ada komitmen kerja yang amat menguji kesabaran saya. Tapi tak pe la awak, saya sentiasa doakan keselamatan awak dari jauh.

  • 28 February 2012 : Selamat hari ulang tahun awak. Semoga awak sentiasa di murahkan rezeki, panjang umur dan moga di panjangkan umur. Sangat sedih, saya dah sampai Sarawak dah pun, tapi tak dapat nak celebrate birthday dengan awak. Saya nak bagi something kat awak,tapi sampai sekarang pun tak dapat nak bagi awak. Sampai dah berhabuk dah benda tu awk, hehe... Nanti kalau ada rezeki kita jumpa, saya bg kat awak ye :)

  • March 2012 : Bulan ketiga saya tanpa awak kat sisi saya. Tapi, makin jauh awak pergi makin rindu pulak saya kat awak. Moga segala kerja awak di permudahkan, dapat la kita jumpa nanti :)

  • April 2012 : Saya still kat sini, menunggu dan menunggu awak. Cepat-cepat balik ye awak! :)