Tuesday, June 5, 2012

Sama tapi Tak Serupa!

Assalamualaikum w.r.t

Entry pertama saya untuk bulan June ni. Sedang menghitung hari untuk bertarung dengan final exam for semester 4. Alhamdulillah, setakat ni preparation berjalan dengan lancar. Malam bawak ke siang study (even tak banyak,tapi ada la jugak), petang sampai ke malam qada segala tidur. Terbalik dah dunia saya. Okey, entry kali ni saya nak becerita tentang seseorang yang saya terjumpa time event kolej Mei lepas.

Cerita nya bermula macam gini, saya memang tak pernah terperasan kewujudan dia ni. Maybe junior kot, kalau tak takkan la saya tak pernah perasan before ni. Sampai la, last month saya join event kolej and kene melaksanakan tugas as a setiausaha program. Memang agak buzy and terpaksa organize meeting untuk program kitorang. Bercakap pasal buzy, saya pun terserempak dengan dia ni. 

Okey, kita nama kan dia as Mr S la. Bagi memudahkan cerita ye. Sebab memang saya tak tau nama Mr S ni, ada jugak terdengar orang dok memanggil dia. Tapi tak sure betul ke tidak. First impression saya masa terjumpa dia, jangan cakap lah. Memang tak berkelip mata saya pandang dia. Apa yang dia buat semua saya tengok, tak tau la kalau dia terperasan. Kalau dia perasan, memang malu gila kot. Cara dia bercakap, berjalan semua saya perhatikan. Then part paling saya tak suka, saya berdebar-debar bila terpandang dia. Saya tak suka perasaan ni. Dia buat saya rasa nonsense gila!


Memang la dia tak sama kalau nak di bandingkan Encik Ahmad Syahrul saya. Almost 70% jugak la persamaan diorang, tambah-tambah cara dia bercakap dengan kawan-kawan dia. Tapi hakikatnya, dia tak dapat nak kalahkan Encik Ahmad Syahrul saya la. Diorang sama tapi tak serupa. Haha..

Seriusly, dia buat saya tak tido malam sebab saya sangat teringat Encik Ahmad Syahrul saya. Nak masuk bulan kedua, saya still tak dapat contact dia. Korang boleh imagine tak, bila korang nak tido mesti ada message masuk dalam inbox hp korang, wish you all Good Night sayang, I love you, bla..bla.. Tapi, saya??

Saya tak mintak pun dia spent time dengan saya 24 jam sehari, 7 hari seminggu ataupun 30 hari sebulan. Saya mengaku saya tak sekuat orang lain. But at least, saya cuba sedaya upaya saya. Sampai satu tahap saya lupa yang saya dah ada dia. Kelakar kan? Ada pulak yang cuba nak curiga kan hati saya, entah-entah dia nak larikan diri, jumpa perempuan lain or pape la. Saya just bagi jawapan kat diorang, saya tak kisah kalau tu jadi penyebab nya tapi satu je saya mintak, harap nya dia sihat selalu. Tu je yang saya mintak, kalau pun dia dah tak suka kat saya lagi.


Kadang-kadang tu terfikir jugak. Sedangkan orang yang kerja kat dalam laut pun still boleh contact orang kat darat ni. Inikan dia, takkan la takde satu cara pun. Saya ada jugak la jengah-jengah fb kawan lama, antara nye ada sorang kawan saya tu, tunang dia kerja navvy and every morning tunang dia akan wishing good morning, bla..bla.. kat fb dia. Sweet kan? Tapi saya tak la mintak macam tu sekali, just berkongsi kisah-kisah orang yang bercinta through PJJ ni. Ada yang sweet, ada yang pahit. Tapi pada saya, it depend on effort masing-masing. Kan orang tua-tua ada bercakap, kalau nak seribu daya kalau tak nak beribu-ribu dalih. Betul tak?