Assalamualaikum w.r.t
Salam hari Jumaat yang barakah ini...
Alhamdulillah, baru je habis menjawab paper yang ketiga hari ini..moga semua dipermudahkan hendak nya..
Hari ini Cik Nurul nak menulis tentang seseorang insan yang tabahnya tiada terhingga, yang hatinya tak pernah gentar untuk menerima kata-kata orang sekililing, yang punya segala keikhlasan untuk menerima si suami yang tak punya kedua belah kaki dan tangan. Sedangkan dia seorang wanita yang cukup segala sifat. Sungguh ! Cik Nurul sangat salute, admire dengan insan ini. Actually, dia ni seorang kawan facebook Cik Nurul. Tiba-tiba je Cik Nurul tertengok gambar-gambar mereka kat new feed, tergerak pulak hati nak view album-album dia. Cik Nurul terharu sangat bila fikirkan cerita cinta mereka. Sangat jujur sangat tulus dan ikhlas. Sungguh, jodoh itu sememangnya hak Allah...
Antara coretan dari si dia :
Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untuk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuran ku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab ku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu
Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..
Cik Nurul bukan apa, cuma tersentuh. Dalam masa yang sama terasa diri tak bersyukur dengan utusan cinta yang Dia dah beri kat diri sendiri. Dah jumpa dengan seseorang yang cukup sifat pun still tak bersyukur lagi, complaint itu ini, ada je yang tak kena. Uztazah selalu pesan masa sekolah dulu, orang yang suka mengeluh, merungut ni tergolong dalam golongan tak bersyukur. Cik Nurul mintak maaf sangat pada hati-hati yang banyak Cik Nurul sakitkan. Cik Nurul tahu, Cik Nurul suka sangat ikut kata hati tanpa fikir soal hati insan lain. Insyaallah, cerita anda motivasi untuk diri ini. Moga Cik Nurul setabah dia, seikhlas dia, sejujur dia dalam mencari bakal pembimbing jalan ke syurga nanti.
#Cik Nurul tak dapat nak share pic-pic mereka, takut dikata mengaibkan orang pulak nanti..