Monday, April 29, 2013

Umrah dan ziarah ayahanda bersama keluarga.

Assalamualaikum w.r.t
Alhamdulillah,syukur pada rezeki yang dikurniakan Dia. Rezeki yang melimpah ruah kepada kami sekeluarga. Syukur sangat, ayah, nenek dan keluarga yang lain selamat berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah dan ziarah. Cik Nurul pun turut sama turun Kl dari Kuching nak teman ayahanda berlepas ke tanah suci.

Yeaaayy! Mek mok balit kampung :)

Menunggu flight ke LCCT

Actually, Cik Nurul nak share experience sepanjang perjalanan pulang ni. Cik Nurul berlepas dari Kuching petang selasa dalam pukul 5.35 23hb April 2013. Sampai di lcct tepat jam 7.30 malam. Mula-mula nak rehat kat lcct je, tapi macam tak selesa sebab terlalu ramai orang di tambah pulak dengan facility yang tak seberapa. So, Cik Nurul buat keputusan nak berehat kat Klia sementara nak menunggu family dari melaka. Cik Nurul pick up bus airport liner untuk ke klia. First time ni, dengan tambang Rm2.50 Cik Nurul selamat sampai di Klia.

Murah kan? 15 minit je dari LCCT ke KLIA.
Sesampai di Klia Cik Nurul terus serang food garden di 3rd floor tak silap Cik Nurul. Overall makanan kat situ boleh tahan rasanye, tambah pula harga dia berpatutan. Tak la terlalu mahal rasanye. Lepas isi perut, Cik Nurul terus ke balai berlepas di tingkat lima. Mula-mula Cik Nurul nak stay up kat ruang berlepas je. Tapi bila makin lewat malam suasana jadi sunyi sepi. Seram jugak la, tambah pulak pekerja-pekerja bangla dah start berlegar on duty. Dalam jam 1 pagi Cik Nurul bergerak ke surau nak tumpang baring-baringkan badan. Ramai jugak yang tumpang tido kat situ. Tapi yang pasti memang akan kesejukan la tido kat situ.
Dalam jam 3 pagi Cik Nurul baru dapat lelapkan mata. Alhamdulillah, syukur keadaan semua okey dan takde masalah pun malam tu. Dapat take nap 1 jam jugak la, jam 4 pagi Cik Nurul dah bangun nak bersihkan apa yqng patut. Jam 5 pagi keluarga dari melaka semua selamat sampai. Tepat jam 9 pagi semua selamat masuk ke balai berlepas. Alhamdulillah, moga kesemua mereka selamat pergi dan pulang. Diberikan kesihatan dan tubuh badan yang baik serta sihat untuk beribadah pada Dia. Mudah-mudahan ada rezeki untuk Cik Nurul dengan mak pulak jejak kan kaki di tanah suci satu hari nanti. Aminnn...

Gambar-gambar kenangan sebelum mereka berlepas :

Sebahagian dari ahli keluarga yang pergi ke tanah suci

Mak, ayah dan nenek



Bersama mak dan ayah













Tukang menyibuk,huhuhu..








Monday, April 22, 2013

Puding kastard jagung

Assalamualikum w.r.t
Salam hari isnin, Cik Nurul rasa mesti ramai terkena tempias monday blues kan?? Yeargghh, Cik Nurul antara yang terlibat dan yang terkena tempiasnye hari ni. Permulaan pagi yang agak okey, tapi dah diselitkan dengan insiden-insiden yang menyakitkan hati. So, it sedikit sebanyak effect my whole day. Haha...
Okey, enough la cerita pasal hari isnin ni. Actually semalam Cik Nurul berkesempatan menghabiskan masa di dapur. Yeah, semenjak dua menjak ni suka pulak nak membuat kuih muih. Tapi yang simple-simple and ready to eat la. Okey let proceed to bahan-bahan yang kita perlu ada untuk making this kuih.
Bahan-bahan :
1 cawan tepung kastard
2 cawan air
1 tin sweet corn cream
1 tin susu sejat
Secukup rasa susu pekat manis
Kalau perlu bubuh sedikit gula
Cara-caranya :
1. Masukkan tepung, air, susu sejat and nyalakan api.
2. Masukkan jagung, susu dan gula secukup rasa.
3. Kacau sampai la dia masak. Bila dia dah kental maknanya dah masak la tu.
4. Masukkan ke dalam bekas dan biarkan dia sejuk dalam frezer.
5. Hidang masa dah sejuk, memang the best!
Easy rite! Selamat mencuba..

Sunday, April 21, 2013

Luah rasa hati

Assalamualaikum w.r.t..berkurun dah tak jenguk ke sini. Alhamdulillah, masih diberikan kesihatan yang sempurna untuk bernafas di bumi Allah ni. Alhamdulillah,Cik Nurul seperti jugak Cik Nurul yang dulu. Walaupun diuji dengan segala macam dugaan, syukur Cik Nurul mampu hadapi semua ni. Tergerak hati ni nak menulis sesuatu, selepas terbaca sesuatu. Mengalir air mata ni, Tuhan je tahu macam mana perasaan ni. Bukan senang nak padam semua kenangan dengan insan yang pernah wujud dalam hati. Kadang-kadang bila rindu tu datang, sehari-hari airmata ni jadi teman. Cik Nurul bukan jenis yang suka mengadu domba hal-hal berkaitan hati dengan orang even kawan rapat yang pernah tido sebantal,sekatil.Kalau hal-hal yang seronok tu,ye la. Tak salah share bahagia kita dengan orang lain. Cik Nurul tak suka tunjuk kan airmata pada orang lain, tapi ada jugak la a few time bila tak dapat sorokan mata yang merah terpaksa la jugak bercerita kan. Huhu...

Cik Nurul cuma mintak Allah beri kekuatan pada Cik Nurul. Bantu Cik Nurul jadi insan yang paling kuat. Cik Nurul nak jalani kehidupan yang bahagia dengan kawan-kawan, keluarga yang selalu jadi tulang belakang Cik Nurul. Kalian sumber kekuatan Cik Nurul. Terima kasih selalu ada bila Cik Nurul perlukan korang. Dah malas nak fikir soal hati, perasaan ni lagi. Bila sampai masa nye, Insyaallah Cik Nurul yakin si dia akan sampai dengan sendirinye. Yakin je dengan percaturan Dia. Setiap kejadian wanita adalah dari tulang rusuk lelaki, dan setiap tulang rusuk tu dah dijanjikan siapa pemiliknya oleh Allah. Tak salah menunggu, tak rugi jugak kita bersabar. Okey, selamat malam! Moga mimpi kita sampai le bintang...