Saturday, December 31, 2011

2011 Yang Indah... ♥

Assalamualaikum w.r.t
Mencuri-curi masa nak post entry baru. Next week dah final exam for 3rd semester. Wish me best of luck okey. Alhamdulillah, esok dah masuk 2012. Syukur Ya Allah, masih memberi peluang bernafas



2011...♥ ♥ ♥
Tahun yg agak mencabar,Actually, sgt2 mencabar. Tu lah, orang kate... when we reached 21 years old, mcm2 benda kita belajar. Exactly right!
The most important thing that I have learned is :

  • Makin selesa tinggal kat tempat org which is negeri orang Sarawak, dah tak berapa nak sedih sangat. Dah tak nangis2 macam dulu. Kalau dulu, tiap kali nak naik flight mesti tersedu2 menangis. Biasa lah kan, nak2 anak tunggal mcam saya. Even tak la manje sangat, tapi biasa lah kalau dah nama nye pompuan. Memang tak lari dari tu semua.
  • Berat badan makin berkurang, dah maintain. Sumpah! Memang tak nak dah gemuk macam dulu. Dah la susah nak turunkan berat tu, nak gemuk kejap je kan?                
  • Lebih sabar, sabar, dan sabar. Ye ke?? Tapi seriusly, 2011 saya lebih sabar dalam sesuatu perhubungan. Dia mengajar saya supaya jadi sabar. Tapi sabar tu ada had dia kan? So, jangan memeperlekehkan kesabaran saya.
  • And the most2 thing is, dapat kenal and jumpe dengan macam2 manusia kat dalam dunia ni. Macam2 lah, susah nak explain. Kenal hati budi orang lain, yang baik, yang takde perasaan, yang jahat, yang mempergunakan and so on....

    2012..♥ ♥ ♥
    apa azam saya?

    • Berazam sedaya upaya, dapat mempertingkatkan amalam dan perintah Allah. Makin mensyukuri nikmat dr Dia.
    • Moga hati ni lebih lembut, senang dengar cakap mak ayah. Belajar menghormati orang lain. Kalau nak orang hormat kita, kita kene menghormati orang lain dulu, kan?
    • Jadi perempuan kena kuat, tak boleh lembik2. So, kuatkan semangat, biarlah orang nak kata apa, nak cakap apa. Yang penting be yourself.
    • Ikhlas, jujur buat apa2 benda. Setiap apa yang kita buat dengan jujur Insyallah akan dibalas dengan baik.
    • Pointer tu kasi naik, banyak lagi nak kejar tu Cik Nurul oiii! Make sure the end of semester, pointer kena cun melecun.
    • Makin berjimat cermat and jangan boros2. (ni agak susah nak predict). 
    • Hope I will see my "Mr Perfect". Mr Perfect dimata saya lah, tak mintak pon yg terlalu "perfect" tu :)


      Rase nya azam tahun ni macam sama je dengan azam tahun lepas. Nampak sangat, banyak lagi benda yang belum tercapai. Papepun, as a manusia kita mesti mengharungi semua ni dengan kesyukuran. Even benda tu menyakitkan hati, menyedihkan kita. Kita kena teruskan hidup ni, take it as learning process. Experience is the best teacher in our life. Selamat datang 2012, moga ia lebih baik dari 2011. Amin!




      Tuesday, December 27, 2011

      Patah Seribu....♥ ♥ ♥


      Walau kau tiada di sini
      Ku tetap ingat semua pesanmu
      Ku hidup seolah-olah kau masih ada
      Bisikkan kata kepadaku
      Bilakah kau akan utuskan surat buatku
      Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


      Patah seribu hatiku
      Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
      Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

      Biar pergimu tanpa relamu
      Namun hatiku tetap rasa
      Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
      Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
      Kan ku bakar semua
      Hapuskan semua kenangan

      Patah seribu hatiku
      Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
      Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

      Sayangku mohon padamu
      Segera tinggalkanku
      Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
      Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
      Pergilah



      **love this song so much,plus penyanyi yg cute ni...alahai,untungnye jadi dia...


      Sunday, December 18, 2011

      Cant Take My Eyes Off You ♥ ♥ ♥


      You're just too good to be true.
      Can't take my eyes off you.

      You'd be like Heaven to touch.

      I wanna hold you so much.

      At long last love has arrived
      And I thank God I'm alive.
      You're just too good to be true.
      Can't take my eyes off you.



      Pardon the way that I stare.

      There's nothing else to compare.

      The sight of you leaves me weak.
      There are no words left to speak,
      But if you feel like I feel,
      Please let me know that it's real.
      You're just too good to be true.
      Can't take my eyes off you.



      I love you, baby,

      And if it's quite alright,

      I need you, baby,
      To warm a lonely night.
      I love you, baby.
      Trust in me when I say:
      Oh, pretty baby,
      Don't bring me down, I pray.
      Oh, pretty baby, now that I found you, stay
      And let me love you, baby.
      Let me love you.



      You're just too good to be true.

      Can't take my eyes off you.

      You'd be like Heaven to touch.
      I wanna hold you so much.
      At long last love has arrived
      And I thank God I'm alive.
      You're just too good to be true.
      Can't take my eyes off you.



      I love you, baby,

      And if it's quite alright,

      I need you, baby,
      To warm a lonely night.
      I love you, baby.
      Trust in me when I say:
      Oh, pretty baby,
      Don't bring me down, I pray.
      Oh, pretty baby, now that I found you, stay..


      Tetibe teringat lak kat lagu ni
      Wish someday my "prince"
      Will singing this song to me




      Haha

      Saturday, December 17, 2011

      Bila Six Jadi Sex??

      Assalamualaikum
      Selamat malam semua
      Memandangkan masa yg ada ni
      Nak share cite yg agak lucu la jugak

      Hari ni class boleh dikatakan "pack"
      Tak la "pack" pun
      Just 5pm untill 7pm
      Plus class ganti for bhs arab
      7.30pm until 9.30pm
      Hari Jumaat la pulak kan
      Makin bertambah malas la kan

      Okey
      Kejadian ni jadi time class preparatory 2
      Yang familiar dgn panggilan "prep 2"
      Madam Jina mintak
      One person from each group
      Present ape yg dah kitorang discuss

      Nak dijadikan cerita
      Si Max from the last group pon bgun
      Until la part dia nak cakap "Six"
      Dia tersebut "Sex"



      Satu class rasenye diam je time tu
      Sampai la lect terketawa
      Ape lagi
      Semua terbahak-bahak ketawa
      Ape tak nye sume dok pendam dlm ati
      Termasuk lah aku

      Bukan ape
      Aku just bayangkan macam mane
      Malu nye aku, klu si Max tu aku
      Just imagine, dgn confident nye
      Perkataan tu keluar dr mulut dia
      Aiiyyooo


      Hahahaahha....

      Thursday, December 15, 2011

      Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram feet SleeQ


      Pic Ramlah Ram sorang je sbb x jumpe pic dia dgn SleeQ

      Sesaat Kau Datang
      Sesaat Kau Hilang

      Kemunculan dirimu
      Penuh misteri


      Kau Mendekat

      Kau Menjauh

      Kau tinggalkan diriku

      Sesudahnya kau membuang

      Mencampakkan aku


      Its not that i dont love you

      I just dont want to hurt you

      I cant let go of all the good times we share together

      I hate to be cold but i got to let you go


      Sungguh kejamnya dirimu

      Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa

      Kau hancurkan segala harapan

      Kau remukkan cinta yang telah kita bina


      Jika sudah kau mencintai dia

      Putuskan aku dengan baik caranya

      Walaupun sakit hati ku rasa

      Sesungguhnya aku tak rela

      Kerna hatiku masih mencintai

      Dirimu dengan sepenuh hati

      Tapi ku ikhlas melepaskanmu

      Karena aku manusia biasa




      Nothings easy girl

      Nothings easy girl

      Aint nothings easy i hope you understand me girl

      Nothings easy girl

      Aint nothing in this world

      Could ever compare to what we had 

      Whats gone




      Sungguh kejamnya dirimu

      Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa

      Kau hancurkan segala harapan

      Kau remukkan cinta yang telah kita bina


      Jika sudah kau mencintai dia

      Putuskan aku dengan baik caranya

      Walaupun sakit hati ku rasa

      Sesungguhnya aku tak rela


      Jika sudah kau mencintai dia

      Putuskan aku dengan baik caranya

      Walaupun sakit hati ku rasa

      Sesungguhnya aku tak rela


      Jika sudah kau mencintai dia

      Putuskan aku dengan baik caranya

      Walaupun sakit hati ku rasa

      Sesungguhnya aku tak rela

      Kerna hatiku masih mencintai

      Dirimu dengan sepenuh hati

      Tapi ku ikhlas melepaskanmu

      Karena aku manusia biasa




      Tiada salahku kepada dirimu

      Kau buatku sengsara

      Kau buat kecewa

      Ku Harap ada karma

      Yang datang kepadamu....kepadamu



      Dah beberapa hari ni terdengar lagu ni kat radio


      Wah..best la
      Teruja dengar
      Penyanyi favret mak ni
      Layan je la kan ^___^
      Dah ade kemajuan, dah bertudung pon
      Tahniah Ramlah Ram dan SleeQ
      For the best song ever  ♥ ♥ ♥


      Wednesday, December 7, 2011

      I just want to say sorry....

      Assalamualaikum w.r.t

      Kalau boleh diputarkan masa, surely I will say "no"
      But, past is past
      Hopefully "akak" terbaca this entry,

      I just want to say "Sorry"
      I understand what you feel
      I will understand if I put myself in your shoes
      That why I can't think and feel the pain
      Don't worry "kak"

      Akak just doakan hati ni jauh dari dia
      Maybe last day saya agak kurang ajar
      Seriusly, I not mean that
      Saya dalam dilema,
       I can't think which one is better

      We are same in this situation
      I really shock and not expect
      All of this will happen


      Sorry......

      Saturday, November 26, 2011

      Salam Maalhijrah 1433 Masihi

      Satu Muharram Detik Permulaan
      Perkiraan Tahun Islam Hijrah
      Perpindahan Nabi dan Umat Islam
      Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

      Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
      Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
      Rela Berkorban Harta dan Nyawa
      Demi Menegakkan Islam Tercinta
      Hijrah Itu Pengorbanan
      Hijrah Itu Perjuangan
      Hijrah Itu Persaudaraan
      Hijrah Membentuk Perpaduan
      Oleh Itu Mari Semua
      Kita Sambut Maal Hijrah
      Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
      Untuk Sepanjang Zaman

      Sebelum terlambat
      Salam Maalhijrah 1433 semua
      Moga tahun ini lebih baik dan cemerlang dari tahun-tahun sudah
      Moga kita sentiasa diredhai dan dipayungi kerahmatan dari DIA
      Tahun baru, semangat baru, azam baru!
      Thank you Allah because give me another day to life

      Syed Muhd Irfan Zahfran Bin Syed Azri


      Assalamualaikum w.r.t
      Welcome to the world little hero
      Hensem kan?
      Born on 1.53pm 23.11.11
      Dengan berat 2.9kg
      Putera hati pertama mak usu saya
      Seronok dapat cousin baru ni
      Tak sabar nak balik melaka and peluk dia :)

      Irfan jangan nakal-nakal
      Be a good men and dengar cakap mama
      Semoga menjadi insan berguna pd agama, negara and bangsa
      Kami semua sayang Irfan
      Pada mak usu, selamat berpantang
      Jaga kesihatan and believe it you can be the best mom in the world  :)

      Wednesday, November 23, 2011

      Buat Aku Tersenyum

      "Datanglah sayang
      Dan biarkan ku berbaring
      Dipelukan walau untuk sejenak
      Usaplah dahiku dan kan ku katakan semua

      Bila ku lelah tetap la disini
      Jangan tinggalkan aku sendiri
      Bila ku marah biarkan ku besandar
      Jangan kau pergi untuk menghindar

      Rasakan resahku
      Dan buat aku tersenyum
      Dengan canda tawamu
      Walau untuk sekejap

      Kerna hanya engkau lah
      Yang sanggup redakan aku
      Kerna engkau lah satu-satunya untukku
      Dan pastikan kita selalu bersama
      Kerna dirimu lah yang sanggup mengerti aku
      Dalam susah ataupun senang

      Dapatkah engkau selalu menjaga ku
      Dan mampukah engkau mempertahan kan ku"



      Selamat hari rabu semua!
      Hari rajin update blog
      Ditambah pulak class dah abis kan
      Lepas makan ni mate pun dah kuyu
      But!
      Mesti + wajib tulis entry nie

      Alhamdulillah
      Setelah melalui detik-detik sukar
      DIA beri saya peluang untuk senyum semula
      Thank you Allah!
      I hope he is a "gift from YOU"

      Ilustrasi semata-mata

      DIRI anda TIADA duanya, TIADA tiganya

      Motivasi dari. Hm Tuah Iskandar Buat Wanita dan Gadis ....

      Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

      Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya. 

      Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

      Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal ‘sepuluh inci’.

      Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

      Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah ‘buatan’ yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

      Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

      Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman. 

      Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap. 

      Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

      Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua. 

      Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, ˜Buta ke dia?

      Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

      Tuesday, November 22, 2011

      ::Selamat Berpisah Kawan::

      Assalamualaikum w.r.t

      Lame sangat rasenya tak becerita kan
      Alhamdulillah
      Now, dah kurang busy nye
      Mid term pon dah abis
      Just nk tunggu final, assingment, dll..

      Past a few day dpt msg
      Dr kwn2 Mekar
      On 20 Nov 2011
      Berita tentang pemergian seorang kawan lama
      Even takde la rapat mane
      Tapi still jenguk2 fb dia

      Nur Aziemah Bt Md Lip
      Arwah ni kawan time sek kat Mekar since form 1
      Dia study kt Mekar pun smpi form 3 je
      Then dr aritu mmg lost contact la kan

      Bile adenye facebook
      Maka terjumpe la semula dgn kwn2 lama ni
      Mmg ade terperasan pic kat fb dia
      Nampak mcm sakit
      Tapi tak sampai hati nak bertanya
      So,just diamkan diri

      Tapi arwah mmg seorang yg tabah
      Mengharungi hidup even sakit yg amat
      Dpt inform yg dia ni menghidap kanser
      But x sure la kanser "type" ape

      Dia still boleh senyum after buat "kimo"
      Dia mmg kuat untuk hidup!

      Plus ade kwn2 inform yg
      On 11.Nov.2011
      Ayah dia telah kembali ke rahmatullah
      Ya Allah
      Sungguh besar ujian yg Kau berikan
      Kpd keluarga arwah
      Moga kalian tabah dan kuat especially kpd kakak arwah
      Kakak arwah pon antara senior Mekar dl
      So mmg kenal la kan...

      Kak Suhaidah & Aziemah
      Hidup mmg lawannye mati
      So, besyukur pd Allah
      Mungkin kita jugak akan dipanggil menghadap DIA
      Tak hari ni, esok, tak esok, luse...
      Moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman 
      Al-Fatihah.....
      Nur Aziemah Bt Md Lip
       (2.3.1990-20.11.2011)

      Thursday, October 6, 2011

      Arrggghh ! Dia Hilang

      Assalamualaikum w.r.t
      Hai my dear
      Lame tak update kan
      So sorry !
      Sangat buzy class + assmnt + bisnes
      Hikhik

      Dalam kesibukan yg melampau tu
      Tetibe baru terperasan yg . . .


      Dah hilang
      Agak sedih + ralat dalam hati ni
      But ,
      Rasenye dah tak bagi pape meaning kot 
      Hurmmm
      Abaikan je la kan
      Benda yg lalu jgn dikenang
      Nanti makan diri sendiri
      Betul tak?

      Berpegang teguh dengan pepatah ni :
      Pinggan tak retak , nasi tak dingin
      Mean :
      Orang tak mau , aku pon tak hingin la

      Mungkin hari ni saya tak bahagia
      Tapi ,
      Insyaallah , maybe next time
      Bila masenye , tunggu je la kan
      Tuhan takkan kecewa kan kita
      Dia sedang menguji kite je tu

      Thank You Allah
      Because ,
      Give me all the happiness
      Even bukan dgn dia
      Tapi sy selalu bahagia !

      Tuesday, September 27, 2011

      Org Perempuan Tak Suka Lelaki Yang . . .


      1. MENINGGIKAN SUARA
      Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

      2. MAIN KAYU TIGA
      Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

      3. SUKA 'CUCI MATA'
      Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

      4. MENGONGKONG
      Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

      5. EGO
      Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

      6. MENIPU
      Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

      7. PERASAN
      Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

      8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
      Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

      9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
      Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

      10. CEMBURU BUTA
      Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

      11. MATA DUITAN
      Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

      12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
      Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

      13. PANAS BARAN
      Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

      14. KAKI MEROKOK
      Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

      15. PENGOTOR
      Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

      16. GELOJOH
      Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

      17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
      Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

      18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
      Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

      19. PUTAR BELIT
      Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

      20. SUKA KONTROL MACHO
      Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!