Tuesday, September 27, 2011

Org Perempuan Tak Suka Lelaki Yang . . .


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Monday, September 26, 2011

Jangan Tamak Sangat



Ape erk perasaan korang sume bile tengok pic di atas?
Geram ? Marah ? Benci ?
Confirm yg negatif semata - mata kan
So
Aku selalu pesan kat sentence guy yg aku pernah jumpe
Hidup ni jangan tamak - tamak
Tu antara sifat mazmummah
Tuhan marah
Kalau dah ada yang satu
Buat pe pi cara yg no dua , tiga and bla . .bla . .
Cube la setia pada yg satu
Tak baik mempermain - mainkan perasaan orang lain
Kan ?

Tapi ada plak kisahnye
Dia mmg syg gile - gile yg kat no 1 ni
Tapi still mencari yg lain
Semata - mata for fun
Konon nye nak menguji kaum perempuan
Hello ?
Siapa kamu untuk menguji kami ?
Hebat sangat ke kamu ?
Siapa yg tauliah kan kamu untuk menguji kami ?
Tu sume alasan je !

Takpe wahai ladies semua
Tuhan tu maha kaya
Hari ni turn kite
Esok luse mudah - mudahan turn dia pulak kan
Jangan sampai
Yang dikejar tak dapat
Yang dikendong berciciran

Wassalam




Tempoyak ? ? uwweekkk !

Asssalamualaikum w.r.t
Hari ni topik kita about tempoyak !
Ape itu tempoyak ?
Tempoyak ni asal dia dari durian
Cara nak buat dia ,
Asingkan isi durian dari bijik dia
Gaul dengan garam
Dan simpan dalam bekas yang bertutup
Simpan 4-5 hari
Jadilah tempoyak tu

Cara makan dia? 
Bukan la macam makan jajan ngap macam tu je. 
Itu gila nama dia
Tempoyak ni biasa campur dengan cili yang dah di tumbuk 
So dia jadi sambal tempoyak atau boleh jugak campur dalam masakan
Yang paling famous adalah Ikan Patin Masak Tempoyak  
Macam ni:

Ikan Patin Masak Tempoyak


Memang terbaik der !
Tapi kan . . 
Aku tak pernah makan pon Ikan Patin Masak Tempoyak tu
Aku tak pernah makan tempoyak , tapi durian aku berhantu
Tu pon tengok mood, haha
Konon tekak ala ala anak mat saleh kan
Kononnye la . .

Tapi tu la betul kata orang
Bile ade depan mate
Tak hingin kita nak sentuh
Bila dah dok merantau jauh- jauh ni
Baru la tekak ni nak jadi orang melayunye
Sekarang dah pandai makan tempoyak !
Wah macam tak percaye je ~ ~
Kalau mak tau ni mesti mak teperanjat
Hehehe
Hari semalam macam sejarah je !

Last sem ,
Bersusah payah cari durian area samarahan
Tapi tak berapa nak syiiioookkk !
Coz selalu kat melaka , klu nak makan durian
Kitorang 1 family tak pernah beli kot
Kat kampung arwah moyang berlambak - lambak pokok durian
Sampai tak termakan kau !
Tapi time tu tak heran pon ngan buah durian ,
Pandang pon sebelah mata je
Ni bila kene beli sendiri nikmatnya tak terasa
Hehe
Hambik , sampai demam - demam jugak la an
Whateverpun memang best la kan !

Okey 
Berbalik soal tempoyak tadi
Memang past a few day
Tetibe je nak mkn masak tempoyak
Tapi kat sarawak kot !
Mane pulak aku nak cari tempoyak tu !
Takpe lah
Jilat jari je lah , before dapat cuti nanti
Tetibe , housemate lame "Syida"
Dia tanye , Nurul makan tempoyak sik ?"
Wah , automatik !
"Syida , Nurul memang nak mkn tempoyak ! ! "
Dia pun jemput makan
Agak was - was jugak la
Selama dah 21 thun baru hari makan tempoyak
Tapi style orang sini makan lak
Diaorang main cicah - cicah je
Macam kita makan coleslaw kat kfc tu
Tapi ade gak dorang goreng tempoyak
Then letak udang
Yang tu belum try lagi la kan 

Haha
Kesian sungguh bunyi nye
Tu la , tak sabar nak cuti bulan 11 ni 
Boleh suruh mak or nenek masakkan lauk tempoyak !
Hehe

Uisshh . .
Cerita pasal tempoyak
Bau dia je agak meloyakan
Tapi try kena kan sikit kat lidah
Confirm 3 kali tambah nasi
Memang sangat terbaaaeekkkk !
Tapi tu la , rase rugi kot selama ni tak pernah rase keenakan tempoyak tu
Memang rugi betul la !
So pada yang belom try tu
Cube lah !
Confirm tak rugi
Hehe

Tempoyak yang dah siap diproses

Saturday, September 24, 2011

::Aku Wanita Biasa::



Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana


Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku
Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Friday, September 23, 2011

Hari yg Penat !

Today patutnye hari yg relax
Tapi , sebaliknye
It a worst day ! !
Macam - macam jadi
Rase nak menitis air mata bile dikenangkan
Can you imagine enam kali berulang alik dari 
Kolej Cempaka ke FEB,Unimas
So horrible !
Mengharungi cuaca yg amat panas terik
Teringat semua yang ade kat Melaka
At least klu  tengah susah ade jugak tgn yg boleh membantu
Sabar Nurul , ni baru dugaan yang kecik
Banyak lagi yg perlu kau tempuh !
Aiiisshhh . .
Then sekarang kepala semua dah sakit
Mata dah mula berpinar-pinar 
Peluh dah sebaldi keluar dah tadi
Kalau masuk kelas pon 100% tak kan fokus
I need a rest
Bukan sengaja dibuat-buat !
Memang rasa macam nak pengsan dah . .
Wassalam 

Hakikat Bila Kecewa Dalam Bercinta

Hidup kadangkala memerlukan kita dalam membuat sesuatu pilihan. Bukan secara paksaan, tapi dalam menghadapi kekangan hidup di hari yang mendatang.
Ada di antara pembaca yang berkata, saya kecewa dalam bercinta dalam ruangan komen. Pada mereka yang mengenali saya, mungkin akan berkata, mereka yang membuat andaian sebegitu adalah gila. Saya setuju. 


Sebab apa, saya kecewa bercinta dengan siapa.Sebab belum ada atau tiada sesiapa yang duduk bertenggek di hati ni. Tapi tak salah kan mereka juga. Mungkin dari entri tersebut yang menampakkan dari mata mereka bahawasanya saya kelihatan baru gagal bercinta. Maafkan mereka wahai sahabat-sahabat yang disekeliling saya. Terasa sedikit penghargaan sebenarnya dari mereka juga, sebab dari entri tersebut, maksudnya mungkin sedikit sebanyak memberi impak kepada mereka ketika membacanya.

Terlanjur di entri ini berkata tentang bercinta, sedikit sahaja mahu berkongsi tentang kenapa ramai orang kecewa dalam bercinta. Bukan sebagai pakar bercinta, ataupun menampilkan diri sebagai pakar sakit jiwa. Cuma memberi pendapat peribadi apa yang saya lihat dan saya alami selama ini.

Ada mereka yang pernah tahu kisah hidup saya, lalu bertanya. Kenapa saya tenang atau tidak pernah rasa sedih bila hilangnya sesuatu. Bagi saya cuma satu jawapan sahaja. Itu bukan sebahagian rezeki untuk saya.

Hidup menghadapi cinta, mungkin terlalu mudah bagi orang lain. Bagi saya sebaliknya. Bukan kerana saya terlalu kecewa ataupun mengemis cinta seseorang. Itu satu tuduhan sebenarnya. Hak masing-masing untuk kita timbulkan soal privasi.
Cuma satu sahaja pendapat daripada saya. Kadangkala di cintai lebih mudah dari mencintai. Kerana mencintai memerlukan segenap tubuh dalam pengorbanan dan kesakitan. Daripada di cintai hanya perlu mendepa tangan menerima dengan hati yang terbuka bersama doa dan redha.Titik.

Saya bukanlah pakar bercinta. Itu hanya hakikat kehidupan yang perlu kita tahu sebenarnya.Itu sahaja yang mampu di beri sebagai perkongsian kali ini. Teruskan melangkah. Jangan tegak berdiri menanti cinta sahaja. Hidup ini untuk beramal kepada-Nya bukan berdiri menanti cinta dunia.Wasalam.



p/s: Bercinta tu bkn something yg mudah, sekali kita menyayangi seumur hidup kan kita kenangi. So, pada kita semua , jgn sesekali kita mempermainkan hati seseorang . Bkn mudah menghadapi detik - detik sukar dlm kehidupan. Kita perlukan segala macam kekuatan, ingat ! bukan senang untuk mendapatkan kekuatan itu.
Perlukan seberapa lama yang perlu, dan jgn sesekali buat orang lain kecewa dengan segala tipu helah kita. Sesungguhnya sakitnye umpama ditusuk dgn mata pisau yg amat tajam . . .


Thursday, September 22, 2011

Kisah Seorang Suami


Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o

ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???
ingat balik...

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”


Wednesday, September 21, 2011

Mak Nak Kawin ! ! !

Assalamualaikum w.r.t
Banyak nye invitation
Yang bertunang , open house , kawin
Wah ! bestnye 
Kawin !
Mak , nurul nak kawin boleh ?
Surely mak akan jawab :
" Ko nasik pon tak reti tanak lagi ? nak kawin ? "
Haha
Makan pasir je la oi !

Okey la 
Congratulation pd kawan - kawan 
Yang dah merasa dok atas pelamin


Yang ni kawan lame kat Mekar dulu
Even tak dapat nak attend wedding dia
Saya doakan kebahagiaan kamu Siti Shukriah & suami
Shuk , jgn marah lak aku ambik pic ko ni
Happy engagement jgk pd kawan - kawan yg bertunang aritu
Ain Bird , Fiza Wong , bnyk lagi la 
Lupe sudah
Hehe

Wah , bestnye 
Pasni maybe giliran my bff
Siti Suhailah Sahat
Haha 
Very hopefully la kan

Afar-Areda-Sue


Insyaallah
Whatever , Whenever yg jadi
Kita saling ada untuk satu same lain
Tak sabar nak jamah nasik minyak kau sue
Hehe
Kan ada kan ?

Macam tak percaye pon ade
Tahun ni dah 21 tahun dah
Tua dah pon
Moga saya dapat harungi hari - hari saya
With a lot of happiness & smile
Moga KAU memberi yang terbaik buatku
Moga dapat aku perbaiki diri ini dgn adanye Dia
Agar dapat mengharungi susah senang bersama
Walau pahit & getir
Aku redha KAU tetapkan Dia untukku

Mak nak kawin !
Hehe

Sunday, September 18, 2011

Saya Makin Kuat !

Assalamualaikum w.r.t
Alhamdulillah
Setelah direnung2kan
Sehari suntuk berfikir
Saya makin kuat !
Moga saya makin kuat !
Terima kasih mak ayah yg selalu ade di belakang nurul
Pd abg , yg tak putus2 bg semangat & dorongan
Moga kita sume mendapat balasan yg baik dr DIA
Hopefully !
Malas nak kusut - kusutkan otak lg
Benda yg lepas jgn dikenang - kenangkan
Tuhan sedang menguji kita
Terima dgn sabar & tenang
Semua benda yg jadi ada hikmahnya
Kau luruskan jln ku
Balik kan hatiku ke jln yg benar
Kau kuatkan la semangatku
Segala yg aku lakukan ini untuk mereka
Moga segalanya kembali lancar
Kan ku berdiri teguh
Aku akan bangkit semula
Aku bukan seorang yg lemah
Aku wanita yg kuat !
Hanya KAU mengerti ape yg aku rase
Moga aku menjadi permata yg bersinar
Insyaallah , amin yarabal alamin

Mane Hilangnya Nurul yg Kuat ?

Assalamualaikum w.r.t
Hampir seminggu 
Macam hilang arah tetibe
I need my "mak ayah"
Nak share ngan dorang
Takut dorang risau plak
So , pendamkan je
Tak sampai hati nak buat diorang risau
Cakap memang senang
Jangan dilayan perasaan tu
Tapi siapa yg x rase
Mmg senang bercakap
Dah rase br tau !
Homesick sungguh 
Plus member rumah lame dah takde
Brad Pitt lak bz memnjang
Mr Ross jauh sekali :(
Saya perlukan kekuatan 
Nak tempuh hari-hari esok
Ya Allah , permudahkan segalanya buat aku
Aku hanya hambamu yg lemah
Kau redhakan segala usahaku
Sungguh aku tak mampu menghadapi semua dugaan ini
Mak ayah !
Nurul syg mak ayah !


Saturday, September 17, 2011

Sabarlah Duhai Hati

Assalamualaikum w.r.t
Sabarkan la hatiku wahai Tuhanku
Berilah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan di sini
Jauh dari keluarga , kawan-kawan
Memang amat memeritkan
Semoga segala pengorbanan ku ini
Terbalas pd mase akan datang

Mak ayah
Moga kehidupan kita lebih baik nanti
Nurul syg mak ayah sangat2
Seluruh ahli keluarga yg selalu beri semangat pd Nurul
Terima kasih tak terhingga
Gambar je yg dapat mengubat rindu pd kalian

Kepada abg
Terima kasih selalu ade kat belakang Nurul
Pd awak Nurul luahkan semuanye
Nurul tak boleh hidup tanpe awk
Really !

Moga saya kuat untuk tempuh ni sume !
Insyaallah !

Wednesday, September 14, 2011

Sem Baru , semangat baru !

Assalamualaikum w.r.t
Dah 2 hari kat bumi unimas
Dalam hati ni sume bercampur baur
Rindu family & all the member kat Melaka
Mak nak balik ! !

Even dah masuk 2nd year
Still mmcm bdk2 1st year
Cuti plak lame sangat . .
Hambik !

Ikut hati nak cabut je balik Melaka
Rindu sangat - sangat !
Sabar nurul , sabar .  .
Tinggal 3 sem je lagi
Pasni kau nak buat ape pon , buatlah

Lagipon 5 November dah mid - term break
Tak lame lagi la tu 
Sabar okey ? ?

Macam biase la kan
New sem , mesti ade semangat baru kan
Nurul kene kuat !
Saye kan kuat . . .

Mak ayah
Doakan kejayaan nurul kat sini
Nurul syg sgt2 kat mak ayah
Syg sgt2 !

Nurul buat ni sume untuk mak ayah
Segalanya !
I love you so much !



Friday, September 9, 2011

Hidup Untuk Dinikmati

Assalamualaikum w.r.t
Mood agak dah ok skit hari ni
Agak terkawal

Just remember !
Hidup untuk dinikmati
Hiasi dengan senyuman
Senyum tu pengubat segala luka
Just chill our life !

Wednesday, September 7, 2011

Cinta Tak Semestinya Memiliki


Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi...lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada...

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu....
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian...
Tapi...
Percayalah pada diri...
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..


When Girls Cry

If a girl cries in front of u,
It means that she couldnt take it anymore.
If u take her hand,
she would stay with u for the rest of ur life.
If u let her go, she couldnt go back to
being herself anymore.
A gurl won't cry easily,
except in front of the person whom she
loves the most,
she becomes weak.
A gurl wont cry easily,
only when she love u the most,
she put down her ego.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please hold her hands firmly,
coz she's the one who is willing to stay
with u 4 for the rest of ur life.
Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please dont give her up,
maybe bcoz of ur decision,
u ruin her life.
When she cry rite in front of u,
When she cry bcoz of u,
Look into her eyes,
Can u see n feel the pain n hurt she's
feeling?
Think....
Which other gurl have cried with pure sincerity,
In front of u,
And bcoz of u?
She cries not because she is weak,
She cries not bcoz she wants sympathy or pity,
She cries,
Because crying silently is no longer possible,
the pain, hurt n agony have bcome too big a
burden to be kept inside.
Guys,
Think about it,
If a gurl cry her heart out to u,
And all because of u,
Its time to look back on wat u have done,
Only u will know the answer to it.
Do consider it,
Coz one day,
It may b too late for regrets,
It may b too late to say "im sorry".
think about it.
"Appreciate and love those around u so that u'll
never regret when it is too late.."

Melawan Kesepian

Gerak hati selalunye betul
Dia takkan tipu diri kita
Tapi kita selalu degil 
Saje buat-buat tak ambik tahu
Sedangkan bende tu betul . . .

Bile sumenye terbukti
Terasa kejam pada diri sendiri
Kenapa aku sedaya upaya menjaga hati orang
But at the same time , aku sangat terluke , amat terluke !


Thank for spent your time with me
I really appreciate that , really !

Kenape perlu ade dia ? ?
Kenape bukan aku je ? ?

Bile aku dah kumpulkan kekuatan tu . . .
Kenapa tetibe dia muncul ?
Lukakan lagi hati ni . . .
Aku tak kuat , tak mampu nak tempuhi ni sume lagi
Tak sabar nak bawak diri jauh-jauh
Jauh dari semua masalah !
Jauh dari semua orang !

Okay , enough !
Remember , just face the day with thousand a smile
I know , I can do it !
Go Nurul !

p/s : maaf beremosi sangat , just meluahkan pe yg terpendam di hati 
       semoga aku boleh melawan kesepian ni
       

Tuesday, September 6, 2011

Jangan Selalu Mendongak Ke Langit

Assalamualaikum w.r.t
Entry kali ni agak beremosi skit
Kenapa perlu ade org terlalu tinggi diri ?
Perlu ke ?
Hidup kite ni biarlah bersederhana
Tak perlu terlalu bongkak , takbur 
Tuhan klu nak tarik nikmat tu , kejap je
Betul tak ?
Alhamdulillah . . .
Aku selesa hidup dengan cara aku
Dalam sesebuah relationship 
Tak kesah la bercinta , berkawan , or pape kan
Tak perlu ade diskriminasi
Kite berkawan kene ikhlas , bercinta perlu jujur
Bukan nak puji diri sendiri
Tapi itu lah aku . . .
Hidup biar low profile
Even sometimes kite perlu jadi sebaliknye
Setuju tak ? ? ?
Kite tak boleh sentiase mendongak ke langit
Sesekali jenguk la bumi yg kau pijak. . .