Saturday, November 26, 2011

Salam Maalhijrah 1433 Masihi

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Sebelum terlambat
Salam Maalhijrah 1433 semua
Moga tahun ini lebih baik dan cemerlang dari tahun-tahun sudah
Moga kita sentiasa diredhai dan dipayungi kerahmatan dari DIA
Tahun baru, semangat baru, azam baru!
Thank you Allah because give me another day to life

Syed Muhd Irfan Zahfran Bin Syed Azri


Assalamualaikum w.r.t
Welcome to the world little hero
Hensem kan?
Born on 1.53pm 23.11.11
Dengan berat 2.9kg
Putera hati pertama mak usu saya
Seronok dapat cousin baru ni
Tak sabar nak balik melaka and peluk dia :)

Irfan jangan nakal-nakal
Be a good men and dengar cakap mama
Semoga menjadi insan berguna pd agama, negara and bangsa
Kami semua sayang Irfan
Pada mak usu, selamat berpantang
Jaga kesihatan and believe it you can be the best mom in the world  :)

Wednesday, November 23, 2011

Buat Aku Tersenyum

"Datanglah sayang
Dan biarkan ku berbaring
Dipelukan walau untuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan ku katakan semua

Bila ku lelah tetap la disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah biarkan ku besandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku
Dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu
Walau untuk sekejap

Kerna hanya engkau lah
Yang sanggup redakan aku
Kerna engkau lah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Kerna dirimu lah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau selalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahan kan ku"



Selamat hari rabu semua!
Hari rajin update blog
Ditambah pulak class dah abis kan
Lepas makan ni mate pun dah kuyu
But!
Mesti + wajib tulis entry nie

Alhamdulillah
Setelah melalui detik-detik sukar
DIA beri saya peluang untuk senyum semula
Thank you Allah!
I hope he is a "gift from YOU"

Ilustrasi semata-mata

DIRI anda TIADA duanya, TIADA tiganya

Motivasi dari. Hm Tuah Iskandar Buat Wanita dan Gadis ....

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya. 

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal ‘sepuluh inci’.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah ‘buatan’ yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman. 

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap. 

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua. 

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, ˜Buta ke dia?

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Tuesday, November 22, 2011

::Selamat Berpisah Kawan::

Assalamualaikum w.r.t

Lame sangat rasenya tak becerita kan
Alhamdulillah
Now, dah kurang busy nye
Mid term pon dah abis
Just nk tunggu final, assingment, dll..

Past a few day dpt msg
Dr kwn2 Mekar
On 20 Nov 2011
Berita tentang pemergian seorang kawan lama
Even takde la rapat mane
Tapi still jenguk2 fb dia

Nur Aziemah Bt Md Lip
Arwah ni kawan time sek kat Mekar since form 1
Dia study kt Mekar pun smpi form 3 je
Then dr aritu mmg lost contact la kan

Bile adenye facebook
Maka terjumpe la semula dgn kwn2 lama ni
Mmg ade terperasan pic kat fb dia
Nampak mcm sakit
Tapi tak sampai hati nak bertanya
So,just diamkan diri

Tapi arwah mmg seorang yg tabah
Mengharungi hidup even sakit yg amat
Dpt inform yg dia ni menghidap kanser
But x sure la kanser "type" ape

Dia still boleh senyum after buat "kimo"
Dia mmg kuat untuk hidup!

Plus ade kwn2 inform yg
On 11.Nov.2011
Ayah dia telah kembali ke rahmatullah
Ya Allah
Sungguh besar ujian yg Kau berikan
Kpd keluarga arwah
Moga kalian tabah dan kuat especially kpd kakak arwah
Kakak arwah pon antara senior Mekar dl
So mmg kenal la kan...

Kak Suhaidah & Aziemah
Hidup mmg lawannye mati
So, besyukur pd Allah
Mungkin kita jugak akan dipanggil menghadap DIA
Tak hari ni, esok, tak esok, luse...
Moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman 
Al-Fatihah.....
Nur Aziemah Bt Md Lip
 (2.3.1990-20.11.2011)