Thursday, May 31, 2012

Janji Saya !

Assalamualaikum w.r.t

Salam 10 Rejab..

" Ya Allah penjaga hati kami, aku bermohon pada Mu, kau lapangkan lah dada ku, Kau jauhkan aku dari segala sifat hasad dengki dan iri hati. Kau permudahkan lah segala kesukaran ku. Dengan berkat bulan Rejab ini aku bermohon padamu Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepadaku untuk meneruskan hari-hari ku disini. Sesunguhnya, Kau Tuhan maha pemurah lagi menyayangi kami hamba-hamba Mu ini... "



Alhamdulillah dikurniakan rakan-rakan yang banyak beri bantuan, kerjasama, peringatan yang tak putus-putus. Terima kasih tak terhingga kalian. Even ada jugak kata-kata sinis yang membantutkan semangat saya, cuba untuk mengagalkan setiap apa yang saya lakukan. Betul lah kata orang, kita manusia ni rambut semua hitam tapi hati lain-lain. Orang yang di sangka baik belum tentu baik, orang yang jahat tak semestinya jahat. Itulah putaran hidup, siapa sangka dalam baik orang cuba menikam dari belakang kita. Saya akui saya salah, tapi itu bukan jalan nya. Apa salahnya duduk dan berbincang, saya bukan orang yang tak boleh ditegur. Saya boleh terima segala kritikan dari anda. Mungkin saya alpa dan lalai, saya akui dan terima segala teguran dari anda. Tapi apa kan daya, nasi dah menjadi bubur. Mungkin dari saat ini, saya sedar tak semua kawan boleh di jadikan kawan. Mencari kawan yang betul-betul ikhlas dan jujur, memang susah. Saya amat beterima kasih kepada insan-insan yang banyak memberi dorongan dan semangat dari saya.

Selalunya dalam hidup kita ni, kita buatlah banyak mana kebaikan. Tapi di sebabkan satu kesilapan, kita akan terus dicerca, di umpat. Orang selalu nya akan ingat keburukan kita lebih daripada kebaikan yang kita lakukan. Siapa tak sedih, bila apa yang kita pernah buat tak pernah dihargai. Bukan mintak untuk disanjungi, tapi at least ingat mengingati. Mungkin hari ini, kita menolong orang Insyaallah esok lusa bila kita dalam kesusahan orang akan menolong kita pula. Tapi takpe la, siapa la saya untuk besuara. Banyak yang kurang daripada lebih...

Takpe la Cik Nurul, lagi beberapa hari je lagi semester ni nak habis. Insyaallah saya akan buktikan yang saya pun boleh berbangga dengan diri saya. Allah akan menolong hamba nya yang berusaha. Mungkin hari ini saya diketawakan, tapi yakin lah pada diri sendiri. Usaha itu kunci pada kejayaan, mungkin sebelum ini saya alpa, lupa, abaikan segala tanggungjawab saya sebagai seorang anak, seorang pelajar. Tapi, itu lah titik kekuatan saya untuk bangkit. Hari ini jatuh tak semestinya esok lusa pun kita akan jatuh.

Tak lupa juga, terima kasih tak terhingga kepada mak ayah yang tak pernah putus asa mendoakan kejayaan saya, kata-kata semangat yang tak pernah jemu diucapkan. Pada lecturer yang sentiasa beri dorongan dan motivasi, anda inspirasi saya. Doa-doa kalian takkan saya sia-sia kan. Doakan kejayaan saya di sini, Insyaallah saya akan berusaha sekuat mungkin.I tu janji saya! Amin...

Tuesday, May 29, 2012

Kata sayang,tapi...

Assalmualaikum w.r.t

Malam ni dikejutkan dengan panggilan seseorang yang tak di sangka-sangka, jeng..jeng...Apa pulak mimpi dia call saya. Entah lah, nak cakap macam kami tengah bercinta mana mungkin. Nak cakap kami dah break off bila masa pulak saya declared bercinta dengan dia. Haish, pelik..pelik..

Okey, actually saya dah berkenalan dengan insan ni hampir setahun jugak lah. Tapi, baru nak menyulam perasaan tetibe saya di kejutkan dengan something yang agak memeranjatkan. Rupe-rupe nya dia ni kekasih orang, itu yang saya rasa dan lihat sebab masa malam kejadian saya terjumpa gambar perempuan, iaitu merangkap kawan kerja dia. Ciissss! Patut la selama ni hati macam tak sedap je, call susah nak berjawab, sms apatah lagi. Bila kita tanya, dia jawab kerja. Mustahil la kan? Kalau dia tu CEO ke, masuk akal la jugak. Mula la saya menjalankan sesi mengintip saya, saya beranikan diri. Sebab saya nak jawapan!

Tapi tu la, Tuhan maha kaya. Dia akan bantu hamba dia yang teraniaya, mungkin salah saya jugak terlalu cepat memberi perasaan tu pada insan yang bernama lelaki. Since dari hari dia terkantoi dengan saya, kitorang mula tak bercontact. Saya sangat sakit hati dengan dia, ingat senang ke nak terima apa yang dia dah buat kat saya. Dia tipu saya hidup-hidup. Siapa yang suka kene tipu kan?

Saya kumpulkan segala kekuatan yang ada, saya cuba untuk lupakan dia. Hati ni jangan cakap lah, kadang-kadang tu terasa kenapa lah saya patut kenal dengan insan-insan yang macam ni. Tapi tu kan ujian Tuhan, kita kena terima dengan ikhlas. Agak lama jugak la saya ambik masa untuk betul-betul okey. Bila kita dah dapat lupakan dia, tiba-tiba pulak dia datang balik. Saya rasa since Mac lepas, dia start call saya semula. Tapi just tanya-tanya khabar gitu. Tak la kerap mana pun, 2-3 kali sebulan. Then saya pun ada jugak la call dia, explain yang saya dah okey. Saya pun tak nak berdendam, saya tahu saya pun silap. Terlalu cepat mengharap, saya cakap la maybe kita boleh berkawan lepas ni. Saya tak harap pape pun dari dia, saya pun bukan jenis perempuan yang suka nak gaduh-gaduh pasal lelaki. 

Tapi, yang saya peliknya.. Dalam berborak, dia kata dia sayang. Dia kata dia takde pape hubungan dengan perempuan tu. Tapi, ape kejadahnye pulak letak gambar perempuan dalam wallet sendiri? Nama pun orang lelaki kan? Terang-terang bukti dah ada, tu pun still nak menafikan jugak. Kadang-kadang terlintas jugak dalam hati, kesian betul perempuan tu. At least, awal-awal saya dah tau perangai si lelaki ni. Maybe, hari ni dia jual ayat-ayat manis dia kat saya. Tak mustahil esok luse, maybe mangsa-mangsa lain pulak. Tipu la kalau saya takde perasaan langsung dengan dia. Tapi untuk bercinta rase nya, tak kot. Hati ni dah terlalu tawar untuk dia. Dia kata dia sayang, tapi saya langsung tak dapat rasa kejujuran dari dia... Tu semua just kata-kata yang keluar dari mulut, tapi bukan dari hati. Saya tak buta lagi untuk menilai.

Saya sangat tak respect la kepada anda, lelaki-lelaki yang suka mempermainkan perasaan orang perempuan. Ye, saya tau ada lelaki yang akan bercakap, "orang perempuan yang cepat perasan, cepat sangat mengharap, cepat percaya lelaki, dia lah yang salah. Kitorang ni nak test market je". Ye, tapi kenapa kami yang jadi bahan uji kaji kalian? Ingat, hidup ni macam putaran roda ye kawan-kawan. Benda-benda macam ni kita tak boleh nak predict, mungkin tak esok, lusa anda pula kene tipu. Malah dengan cara yang lebih tragis. Walaupun bukan kene kat batang hidung sendiri, tapi jangan lupa kita still ada mak, kakak, adik-adik yang mungkin akan dijadikan bahan uji kaji kaum kalian. Tapi, harap nye jangan la ada yang terpaksa apa yang saya dah rasa dulu. Amin...

Monday, May 28, 2012

My First Interview Session !

Assalamualikum w.r.t

Okey post hari ni kita nak bercertita tentang interview session or selalu kita sebut as sesi temuduga. Takde la dok bercerita pasal cinta je kan. Memandangkan ada masa yang terluang ni, saya nak jugak share opinion and my own experience kan. Tambah-tambah bila bercerita tentang our first experience kan..

Okey-okey...

4.30 pm, 24 May 2012 merupakan slot saya untuk di interview, it's not the real one. But, it same as a real one. We called it as "Mock interview" which is activities in Business Communication 2 subject. Sehari before interview session saya sibuk menyiapkan cover letter, resume and so on. Seharian, dari celik mata sampai la nak tido semula. Memang sangat nervous and takut. Kalah nak gi berperang kan? Ya, it really kelam-kabut. Okey peringatan pada saya and pada kawan-kawan, jangan buat kerja last minute. 


Okey antara dokumen-dokumen penting yang anda kene make sure "tiptop" is:

1. Resume
  • Resume anda mesti la yang paling latest, ikut tahap pendidikan dari awal. For example, start from PMR (ada kata tak payah, terus ke SPM), SPM, STPM, Diploma, Degree and so on. Tak payah nak senaraikan semua subjek yang anda dah ambil, nanti resume tu akan jadi 10 muka surat la pulak. Cukup sekadar put down you result and CGPA. 
  • Lagi satu pasal work experience, tulis position yang anda pernah sandang and describe sikit apa tugas-tugas anda sewaktu bekerja dahulu.
  • State kan skill yang anda ada, contohnya boleh bercakap dalam bahasa tamil or mandirin. Itu merupakan bonus kepada anda.
  • Ada jugak yang letak strength, visi and objective. Boleh je kalau nak letak, tapi better refer contoh-contoh resume yang ada kat Pak cik Google ni. Huhu..
2. Cover letter
  • Cover letter merupakan antara elemen terpenting, make sure anda "menjual diri" anda kepada company tu menerusi cover letter. It not "menjual body", but show your skill and knowledge about this company. Tunjukkan minat anda untuk menyandang position yang ditawarkan tu.
  • Dari mana anda mendapat information tentang kekosongan jawatan itu, maybe jobstreet, magazine or newspaper.
  • Then, explain how you can apply what have you learned at university for this position and for the company. 
  • State about your willingness to get this position. For example, you can work under pressure, a team player person, goal oriented person dll.
3. Certificate and results
  • Make sure ia di letakkan dalam clear folder.
  • Susunan result, mengikut tahun paling latest ke terdahulu. Example, mulakan dari Degree, STPM, SPM dll.(ada macam-macam pendapat, korang bleh refer yg lain jgk)
  • Buat covering page untuk yg first page. (kalau rajin la)
  • Lain-lain certificate.
Okey itu untuk dokumen-dokumen. The next stage is about the interview session.


What should you do ??
  • Pakai pakaian yang formal dan kemas,untuk wanita jangan terlalu nak bling-bling sangat, be more simple and feminin. For guys, pakai pakaian kemas and make sure rambut tu bg pendek.
  • Be punctual, datang awal. Biar kita yang menunggu, bukan ditunggu. 
  • Give your greeting to interviewer.
  • Jangan duduk selagi dia tak suruh duduk.
  • Jawab semua soalan dengan confident dan buat eye contact ngan si interviewer (baru nampak our confident level tinggi)
  • Duduk dengan tegak dan senyum, jangan tunjukkan muka anda yang masam. Tangan jangan dok pegang itu and ini, ia mempengaruhi mata yang memandang anda.
  • Say thank you to the interviewer and shake hand with them when the interview done.
Okey, I think post yang tak seberapa ni sedikit sebanyak boleh membantu anda-anda semua. Akhir kata,
Good Luck kepada bakal calon-calon interviewed!



Wednesday, May 2, 2012

Kisah Cinta Ben & Olga

Assalamualaikum w.r.t

Hari terakhir suku tahun 2012, cepat betul masa berlalu. Pejam celik, tinggal tak sampai dua bulan nak habis semester empat. Sepanjang tempoh tu jugak la, berjauhan dengan insan-insan tercinta. Alhamdulillah, setelah tiga bulan berlalu finally En Ahmad Syahrul berkesempatan jugak datang melawat saya kat sini. Even though sehari je kami dapat spent time together it really help us to refresh our relationship. Bak kata orang, makin jauh makin sayang, ahaks! But, this time dia pergi lagi-lagi jauh. Just positive Cik Nurul, jangan kalut-kalut sangat berfikir itu and ini. Give you best and make this relationship positive ♥

Okey, hari ni saya nak berkongsi satu lagi kisah cinta dua hati yang sangat indah. I find this story through Membina Rasa Cinta by Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj. Seperti yang saya kata pada entri terdahulu, saya merupakan seorang peminat dan pembaca karya-karya beliau. I think, you all should read this book. Contohnya, bila saya selak-selak lagi buku ni I find a new story to share with all of you. Saya rasa lebih dari 5 kali saya dah selak buku ni, tapi setiap kali saya baca semula seolah-seolah cerita tu bertambah dari masa ke semasa. Hehehe, dah macam cerita magic la pulak kan...

Okey let's proceed to the story....

Seorang pemandu trak 47 tahun, dari Lelystad, bahagian utara Amsterdam percaya dia tidak akan bertemu jodoh dalam waktu terdekat. Dia telah memandu trak selama 30 tahun sejauh 200 000 kilometer. Hidupnya bagaikan orang nomad yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Jadi dia tidak fikir ada sesiapa sanggup berumah tangga dengannya dan berkongsi hidup seperti itu.

Dia sebenarnya baru saja berpisah dengan isterinya dalam perkahwinan yang ketiga. Dengan itu Ben Buse tidak menaruh sebarang perasaan lagi terhadap wanita.

Suatu hari, Ben menerima tawaran untuk membawa bison dari Netherlands ke Rusia. Pada mulanya dia langsung tidak tertarik dengan tawaran itu tetapi apabila mendapati bayarannya amat lumayan dia bersetuju.

Bagaimanapun, tidak mudah bag Ben Buse melaksanakan tugasnya kali ini sebab dia akan membawa haiwan hidup, bukan barang. Haiwan itu pula boleh menjadi amat ganas sekiranya tertekan, maklum ia akan tersimpan di dalam kontena untuk perjalanan darat yang jauh melintasi Jerman, Poland dan Belarus.

Perjalanan tidak semudah yang disangka oleh Ben. Dia hampir tewas tapi meneruskan juga misi berkenaan sebab Rusia amat memerlukan bison. Bison-bison itu akan dilepaskan di hutan supaya ia boleh berkembang biak di Rusia.

Matlamat Ben tidak lain kecuali menyelamatkan haiwan itu dari pupus. Tanggungjawab dia memastikan bison selamat dibawa hingga ke Okski Breeding Centre, kira-kira 320 kilometer ke selatan Moscow.

Misi itu berjaya, kemudian pihak Rusia meminta Ben menghantar lagi bison. Ben menjadi pilihan sebab sekurang-kurangnya dia ada pengalaman tentang bison berdasarkan misi pertamanya dahulu.

Dalam salah satu misi, Ben dapati ada seorang wanita yang dipertanggungjawabkan menerima bison-bison itu. Namanya Olga, dia 20 tahun lebih muda daripada Ben dan masih anak dara.

Suatu hari Ben memberanikan diri menulis e-mel begini, "Saya fikir saya mencintai awak."

Balasan yang diterima. "Awak hanya fikir? Itu sajakah? Okey, fikirlah lagi."

Ben memberanikan dirinya membalas, "Okey, okey, saya cintai awak."

Tidak lama kemudian mereka pun berkahwin...

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah:


  1. Anda tidak perlu menunggu lama untuk menyatakan perasaan anda terhadap seseorang yang anda minati. Jika niat anda jujur, lebih bagus berterus terang dan menamatkaannya dengan perkahwinan dari anda meramal, berangan, bergaduh, teka-teki, menyepi kemudian menyambung balik, bertukar-tukar e-mel, berbalas-balas telefon, menangis, merindui, tidak lena tidur, dating, berbelanja, memberi hadiah dan cenderamata, akhirnya berpisah.
  2. Jika anda tahu anda tidak kufu (padan) tetapi anda sangat menyukai, anda sentiasa boleh mencuba nasib dan lihat apa hasilnya. Sebagaimana Ben, tentu dia tidak padan dengan Olga yang masih gadis, anak tempatan Rusia serta mempunyai pekerjaan yang menarik sedangkan Ben hanyalah pemandu trak yang telah menduda sebanyak tiga kali.
  3. Kalau jodoh takkan ke mana. Sebagaimana Ben dari sebuah bandar kecil di Netherlands akhirnya bertemu jodoh dengan seorang gadis di Rusia, bermula dari bison, haiwan yang tidak dingemari oleh kebanyakkan orang. Jika Ben menolak misi menghantar haiwan berkenaan ke Rusia, anda fikir apakah akan bertemu dengan Olga?
Bukan semua yang kita sangka buruk itu benar-benar buruk untuk kita, ada kalanya sesuatu yang kita anggap buruk rupa-rupanya amat baik dan berguna sekali untuk kita. Begitu juga, semua yang kita sangka baik tidak semestinya benar-benar baik untuk kita, kekadang di situlah punca kegagalan kita.

Maka di situlah kita amat memerlukan suara hati yang digerakkan oleh Tuhan.

Okey dear, itu antara pendapat beliau. Pada pendapat saya pula, kita semua sebagai manusia perlu menerima segala ketentuan dari Dia. Ajal, maut, jodoh semua di tangan Dia. Tapi, ia bukan bermaksud kita hanya perlu duduk dan menunggu. Segala apa yang kita hajati perlu disertakan dengan usaha yang gigih dan niat yang tekad. Terkadang kita tak pernah minta untuk bertemu atau berkenalan dengan insan yang tidak kita kehendaki. Tapi, sematkan lah dalam hati kita yang setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Seperti contoh di atas, bagaimana ikhlasnya Olga menerima Ben yang hanya seorang pemuda dari golongan biasa dan tidak setaraf dengannya. Ditambah pula dengan latar belakangnya yang merupakan seorang duda. Mana mungkin di zaman ini seorang lulusan ijazah boleh menerima seorang pemandu lori atau selainnya. Itu contoh situasi di sini, diskriminasi itu wujud akibat daripada sikap masyarakat kita sendiri. Jikalau pun hubungan itu berjaya ke peringkat perkahwinan, ia tetap menjadi bualan di bibir-bibir masyarakat. Itulah realiti yang sebenarnya...

Bak kata orang, ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga. Magik nya sesebuah hubungan itu, ia menyatukan hati dua manusia. Yang mana berasal dari dua benua, negeri, adat dan lain-lain. Bagaimana dua hati mampu bersatu atas dasar kasih sayang. Bukan mudah untuk memahami insan lain, sedangkan kita sendiri mengambil masa yang lama untuk mengenali diri kita sendiri. Inikan pula untuk menyelami dan memahami insan lain. Itulah magiknya cinta....