Wednesday, May 2, 2012

Kisah Cinta Ben & Olga

Assalamualaikum w.r.t

Hari terakhir suku tahun 2012, cepat betul masa berlalu. Pejam celik, tinggal tak sampai dua bulan nak habis semester empat. Sepanjang tempoh tu jugak la, berjauhan dengan insan-insan tercinta. Alhamdulillah, setelah tiga bulan berlalu finally En Ahmad Syahrul berkesempatan jugak datang melawat saya kat sini. Even though sehari je kami dapat spent time together it really help us to refresh our relationship. Bak kata orang, makin jauh makin sayang, ahaks! But, this time dia pergi lagi-lagi jauh. Just positive Cik Nurul, jangan kalut-kalut sangat berfikir itu and ini. Give you best and make this relationship positive ♥

Okey, hari ni saya nak berkongsi satu lagi kisah cinta dua hati yang sangat indah. I find this story through Membina Rasa Cinta by Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj. Seperti yang saya kata pada entri terdahulu, saya merupakan seorang peminat dan pembaca karya-karya beliau. I think, you all should read this book. Contohnya, bila saya selak-selak lagi buku ni I find a new story to share with all of you. Saya rasa lebih dari 5 kali saya dah selak buku ni, tapi setiap kali saya baca semula seolah-seolah cerita tu bertambah dari masa ke semasa. Hehehe, dah macam cerita magic la pulak kan...

Okey let's proceed to the story....

Seorang pemandu trak 47 tahun, dari Lelystad, bahagian utara Amsterdam percaya dia tidak akan bertemu jodoh dalam waktu terdekat. Dia telah memandu trak selama 30 tahun sejauh 200 000 kilometer. Hidupnya bagaikan orang nomad yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Jadi dia tidak fikir ada sesiapa sanggup berumah tangga dengannya dan berkongsi hidup seperti itu.

Dia sebenarnya baru saja berpisah dengan isterinya dalam perkahwinan yang ketiga. Dengan itu Ben Buse tidak menaruh sebarang perasaan lagi terhadap wanita.

Suatu hari, Ben menerima tawaran untuk membawa bison dari Netherlands ke Rusia. Pada mulanya dia langsung tidak tertarik dengan tawaran itu tetapi apabila mendapati bayarannya amat lumayan dia bersetuju.

Bagaimanapun, tidak mudah bag Ben Buse melaksanakan tugasnya kali ini sebab dia akan membawa haiwan hidup, bukan barang. Haiwan itu pula boleh menjadi amat ganas sekiranya tertekan, maklum ia akan tersimpan di dalam kontena untuk perjalanan darat yang jauh melintasi Jerman, Poland dan Belarus.

Perjalanan tidak semudah yang disangka oleh Ben. Dia hampir tewas tapi meneruskan juga misi berkenaan sebab Rusia amat memerlukan bison. Bison-bison itu akan dilepaskan di hutan supaya ia boleh berkembang biak di Rusia.

Matlamat Ben tidak lain kecuali menyelamatkan haiwan itu dari pupus. Tanggungjawab dia memastikan bison selamat dibawa hingga ke Okski Breeding Centre, kira-kira 320 kilometer ke selatan Moscow.

Misi itu berjaya, kemudian pihak Rusia meminta Ben menghantar lagi bison. Ben menjadi pilihan sebab sekurang-kurangnya dia ada pengalaman tentang bison berdasarkan misi pertamanya dahulu.

Dalam salah satu misi, Ben dapati ada seorang wanita yang dipertanggungjawabkan menerima bison-bison itu. Namanya Olga, dia 20 tahun lebih muda daripada Ben dan masih anak dara.

Suatu hari Ben memberanikan diri menulis e-mel begini, "Saya fikir saya mencintai awak."

Balasan yang diterima. "Awak hanya fikir? Itu sajakah? Okey, fikirlah lagi."

Ben memberanikan dirinya membalas, "Okey, okey, saya cintai awak."

Tidak lama kemudian mereka pun berkahwin...

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah:


  1. Anda tidak perlu menunggu lama untuk menyatakan perasaan anda terhadap seseorang yang anda minati. Jika niat anda jujur, lebih bagus berterus terang dan menamatkaannya dengan perkahwinan dari anda meramal, berangan, bergaduh, teka-teki, menyepi kemudian menyambung balik, bertukar-tukar e-mel, berbalas-balas telefon, menangis, merindui, tidak lena tidur, dating, berbelanja, memberi hadiah dan cenderamata, akhirnya berpisah.
  2. Jika anda tahu anda tidak kufu (padan) tetapi anda sangat menyukai, anda sentiasa boleh mencuba nasib dan lihat apa hasilnya. Sebagaimana Ben, tentu dia tidak padan dengan Olga yang masih gadis, anak tempatan Rusia serta mempunyai pekerjaan yang menarik sedangkan Ben hanyalah pemandu trak yang telah menduda sebanyak tiga kali.
  3. Kalau jodoh takkan ke mana. Sebagaimana Ben dari sebuah bandar kecil di Netherlands akhirnya bertemu jodoh dengan seorang gadis di Rusia, bermula dari bison, haiwan yang tidak dingemari oleh kebanyakkan orang. Jika Ben menolak misi menghantar haiwan berkenaan ke Rusia, anda fikir apakah akan bertemu dengan Olga?
Bukan semua yang kita sangka buruk itu benar-benar buruk untuk kita, ada kalanya sesuatu yang kita anggap buruk rupa-rupanya amat baik dan berguna sekali untuk kita. Begitu juga, semua yang kita sangka baik tidak semestinya benar-benar baik untuk kita, kekadang di situlah punca kegagalan kita.

Maka di situlah kita amat memerlukan suara hati yang digerakkan oleh Tuhan.

Okey dear, itu antara pendapat beliau. Pada pendapat saya pula, kita semua sebagai manusia perlu menerima segala ketentuan dari Dia. Ajal, maut, jodoh semua di tangan Dia. Tapi, ia bukan bermaksud kita hanya perlu duduk dan menunggu. Segala apa yang kita hajati perlu disertakan dengan usaha yang gigih dan niat yang tekad. Terkadang kita tak pernah minta untuk bertemu atau berkenalan dengan insan yang tidak kita kehendaki. Tapi, sematkan lah dalam hati kita yang setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Seperti contoh di atas, bagaimana ikhlasnya Olga menerima Ben yang hanya seorang pemuda dari golongan biasa dan tidak setaraf dengannya. Ditambah pula dengan latar belakangnya yang merupakan seorang duda. Mana mungkin di zaman ini seorang lulusan ijazah boleh menerima seorang pemandu lori atau selainnya. Itu contoh situasi di sini, diskriminasi itu wujud akibat daripada sikap masyarakat kita sendiri. Jikalau pun hubungan itu berjaya ke peringkat perkahwinan, ia tetap menjadi bualan di bibir-bibir masyarakat. Itulah realiti yang sebenarnya...

Bak kata orang, ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga. Magik nya sesebuah hubungan itu, ia menyatukan hati dua manusia. Yang mana berasal dari dua benua, negeri, adat dan lain-lain. Bagaimana dua hati mampu bersatu atas dasar kasih sayang. Bukan mudah untuk memahami insan lain, sedangkan kita sendiri mengambil masa yang lama untuk mengenali diri kita sendiri. Inikan pula untuk menyelami dan memahami insan lain. Itulah magiknya cinta....

No comments:

Post a Comment