Okey, hari ni Cik Nurul nak share sikit pasal cite Istanbul Aku Datang. Sabtu lepas, Cik Nurul berkesempatan jugak gi tengok movie tu. Memang sangat tak rugi spent m 11 untuk tengok movie ni. Overall Cik Nurul bagi ***** ! Semua pun dah tau kan hero & heroin nye. Lisa especially, sangat la cute miut dalam cite tu. Dengan dress up yang sangat la comel. Watak Beto pun gila-gila, poyo & klakar. Sepanjang cite tu sebenarnye Cik Nurul amat tertarik dengan background kat Istanbul yang semua orang pun tau, Istanbul antara tempat-tempat menarik kat dunia ni. Wah, dari dulu lagi Cik Nurul memang pasang cita-cita nak pergi jelajah negara-negara Eropah. Insyaallah, moga dipermudahkan dan dipanjangkan umur untuk sampai sana!
Memandangkan Cik Nurul malas nak cite panjang, Cik Nurul share pendapat blogger lain tentang cerita ni..Okey, from blog ini :
Kejayaan sepenuhnya telah dilakukan dengan penghasilan filem berkualiti paling terbaik untuk tahun ini.
Bukan mahu membodek Bernard Chauly sebagai pengarahnya tetapi memang tidak dapat dinafikan hasil kerja yang teliti dan kemas olehnya memungkin filem ini tidak bosan untuk ditonton.
Membariskan pelakon yang hebat seperti Lisa Surihani dan juga Beto Kusyairy sudah cukup untuk menarik penonton setia filem tempatan ke pawagam.
Pada mulanya cerita ini seperti filem romantik lain apabila si teman wanita pergi berjumpa dengan si teman lelaki untuk menyambung pelajaran bersama. Kemudian filem ini menampakkan si Dian (Lisa Surihani) seorang blogger urban yang sentiasa mengemaskini status di blognya. Seperti yang selalu dilakukan oleh wanita di Kuala Lumpur bukan?
Namun bukan itu sahaja, kisah percintaan mereka nampak begitu manis dengan sikap Dian yang seperti keanak-anakkan manakala Azad (Tomok) yang agak “Skema” di dalam filem ini.
Untuk membezakan kualiti filem ini berbanding filem tempatan yang ada adalah sinematografinya yang memang nampak mahal dan cantik. Membuat penggambaran selama dua minggu di Istanbul memungkinkan Bernard Chauly berjaya menarik perhatian penonton untuk terus melayan filem ini dengan berlatarbelakangkan Negara yang cantik seperti di Istanbul.
Tepukan gemuruh juga kepada pereka set bajunya apabila berjaya menampakkan sisi lain Lisa Surihani sebagai wanita muda yang masih belajar namun mempunyai perancangan teliti untuk menjadikan perkahwinan idamannya bertukar realiti.
Apa yang ditunggu-tunggu pada penulis bagi filem ini adalah kehadiran watak Harris yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy. Tidak tahu mengapa namun aura yang ada padanya membuatkan semua penonton memberikan jeritan apabila wataknya dimainkan di layer perak.
Menjadi manusia romantis pasti akan digilai wanita, itulah yang terjadi kepada watak Harris yang begitu menjadi dengan intonasi bersahaja diberikan.
Pada penulis, antara babak yang menyentuh hati adalah adegan dimana dia memujuk Dian kembali setelah mendapat tahu perangai sebenar Azad apabila menyambung pelajaran di sana.
Walaupun mungkin ada yang mempertikaikan filem ini seperti menyokong kehidupan bersekedudukan namun pada penulis, ambil apa yang positif di dalam filem ini. Langsung tidak menunjukkan filem ini seperti mengiyakan trend bersekedudukan asalkan anda sebagai penonton tahu menilai yang mana satu betul dan yang salah.
Pada perhatian penulis, Beto amat sesuai diletakkan antara barisan pelakon Romeo alaf baru yan bakal menggantikan keromantisan Rosyam Nor kelak.
Ditulis sendiri oleh Rafidah Abdullah, ayat urban yang dilontarkan begitu kena dan sesuai dengan jalan ceritanya yang moden.
Lagu tema filem ini juga sangat berkualiti yang turut dinyanyikan oleh pelakon utama file mini, Tomok iaitu “Aku Datang”.
Picture yang sangat cute dalam Istanbul Aku Datang!
ending die ok x? hehe..
ReplyDeletehuhu..ok lah,ala2 cite hindustan gitu..bile si lisa trpaksa buat kputusan lelaki mane yg dia nk pilih,tp sy mmg suke dia pilih en beto yg hensem tu!nggeee...
Deletecitenye bessssssssssttttyt gile..!
ReplyDeletesumpah!da tgk + download skli...hahahaha...