Monday, July 15, 2013

Ceritera Cik Nurul dan Sponge Cake!

Assalamualaikum you allss...

Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni kan, nak jugak bagi satu dua resepi kuih muih kat korang. Actually saje nak sharing ape yg dah Cik Nurul belajar. Hari ni nak bercerita al-kisah Cik Nurul dan sponge cake.. Actually idea ni timbul masa start cuti semester aritu. Memandangkan seminggu dua duduk kat rumah sementara nak menunggu hari praktikal then takde pape aktiviti. Makanya, Cik Nurul pun decide nak baking cake. Haha... 1st time uolllss! Sebenarnya nak baking cake sempena by super duper cute girlfriend cik Siti Suhailah. Memandangkan si suhailah ni hantu cheese, Cik Nurul pun buat la Snow Cheese Cake versi Cik Nurul sendiri. Cik nurul belajar dari Encik google je pun resepi ni. So, kalau korang nak resepi ni dengan segera, sila tanya encik google ye!

Tarrraaaa! Akhirnye....

Aksesori tambahan terpaksa mintak tlg kedai bakery buatkan la





Okey, tu actually yg 1st edition. Disebabkan ramai family member yang tak makan cheese, so Cik Nurul buat yg 2nd edition without any topping. Konon-konon nak buat perisa lemon. At last, rasa lemon tenggelam yang ada perisa vanilla. Hahhaha.. Tapi yang lagi tak best, Cik Nurul lupa nak snap yg 2nd edition cake. Keluar-keluar je dari oven mak terus potong nak rasa. Tak sabar katanye... Tapi memang best la bila dapat create sponge cake yang gebu gebas ni, ahaks! Ni yang buat tak sabar nak mem baking untuk juadah raya nanti. Nak tau apa rahsia nye nak hasilkan sponge cake yang gebu-gebu ni?? Sabaaarrrr......Stay tuned okeyh....Kita tunggu next entry. Happy fasting guys, assalamualaikum!

Sunday, July 14, 2013

Happy Coming July !

Assalamualaikum w.r.t

Selamat menunaikan ibadah puasa ye kawan-kawan. Dah masuk hari yang ke-4 dah pun. Baru Cik Nurul berkesempatan nak post new entry. Ni pun currently kat office, hari ni berbuka kat office memandangkan ada event yang perlu di settlekan.Nasib badan kan, dah 2 minggu berturut-turut kena berkerja di hari minggu. Sangat tragis kan?

Okey la, hari ni pun dah masuk hari ke-13 bulan Julai. Seperti yg semua tahu, every year Cik Nurul memang teruja and tak sabar menunggu ketibaan bulan Julai. And kebetulan, Julai tahun ni macam-macam benda and thing Cik Nurul dah tempuh and yang bakal Cik Nurul tempuh nanti.

1st, seperti biasa 2nd July which is my birthday yg ke-23, alhamdulillah.. masih bernafas untuk ke angka ini. Even nothing special, Cik Nurul tetap berterima kasih pada semua kawan-kawan yg wish tak kesah la through facebook, sms, ig, tweet la bagai. Thank for the pray, and may Allah blessed us. Tak lupa jugak satu-satu nye insan yang tak pernah miss my birthday, thank you for the super duper yummy food. Tahun ni terpaksa sambut awal sehari disebabkan masin-masing keja. Penutup untuk birthday girl pulak, dapat la spent time with my ayah bonda sambil makan-makan ikan bakar. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, atas nikmat kasih sayang yang kau berikan. Tapi agak terkilan jugak sebab tak dapat celebrate my birthday with my bestie. Maybe buzy dengan komitmen masing-masing. So, belum sempat lagi nak duduk bergosip semeja lagi dengan depa. Hurmm, so sad kan? Tinggal senegeri tapi bukan main payah nak nampak batang hidung masing-masing.

Thanks for the tea break!
Sesi bersama mak ayah pulak

2nd thing, actually 1st July aritu merupakan hari pertama Cik Nurul berpraktikal. Entry before ni kan Cik Nurul sibuk mencari tempat praktikal rite? Finally, Cik Nurul decide untuk berinternship di RTM Melaka. Alhamdulillah, minggu pertama yang agak membosankan bila Cik Nurul terpaksa rotate setiap department kat sini. Memang takde keja, 2nd week baru Cik Nurul di tempatkan kat bahagian rancangan. Agak menarik even though kerja-kerja kat situ tak ada kena mengena dengan course Cik Nurul. But, Im really enjoyed it. Setakat hari ni, dah 2 kali Cik Nurul joined kerja-kerja luar. Last week joined depa untuk rakaman raya and this week jelajah ramadhan rtm. Memang buzy la minggu ni menyiapkan segala macam hal yang berkaitan dengan jelajah ramadhan ni. Yang best nye kat Melakafm ni, staff semua ramah tamah. Tak kisah la dari akak-akak pembantu am sampai la abang-abang konti, encik-encik penyelia, tuan pengarah semua memang sempoi. Even though ada jugak bos-bos yang agak complicated gila, tapi depa semua ajar kita erti sabar. Haha.. Yang penting tanamkan kat hati, kita nak belajar and Insyaallah, everything will be fine. Memang berkerja dalam perkhidmatan awam ni ajar kita erti sabar bila berdepan dengan pelbagai level of pangkat diorang. Yang dia nak ini, yang dia pulak nak itu. Masing-masing ada pendapat sendiri. At last, part paling susah bila kita ditugaskan untuk combine kan idea dan pendapat depa dalam a piece of paper. Memang sangat compicated! Okey enough cerita pasal ni, rase macam dah sakit kepala balik lak, huhu... takpe ade lagi 6 minggu lagi Cik Nurul perlu tempuh. Hopefully everthing dalam keadaan tiptop and baik-baik saja.

My 1st day..

Tragis gila kan!

Bersama tulang belakang yg menjayakan program rakaman drama
khas bulan puasa "Inang-inang buah Melaka"

1st event yang saya participated "Program Rakaman Raya Melakafm
& TVi"

2nd event sempena "Jelajah Ramadhan 2013" anjuran
RTM

Lepas dari Program Jelajah Ramadhan ada majlis berbuka puasa bersa
staff-staff Melakafm
3rd, 10hb lepas jugak merupakan 1st day kita berpuasa, Alhamdulillah.. Berkesempatan jugak kita bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Mudah-mudahan segala amal ibadat kita di terima Dia, and moga kita dapat menjalani Ramadhan kali ini dengan tenang dan sempurna.  Macam biasa la, Cik Nurul tiap-tiap tahun pasang niat nak berterawih full sebulan, tapi selalunya mesti ada hari-hari yang malas nye datang. Insyaallah, mudah-mudahan kali ni ye kawan-kawan! Huhu...

Next time Cik Nurul upload pic ye untuk entry ni ye.. okey, selamat malam! Selamat berpuasa korang-korang semua!

Friday, May 17, 2013

Mimpi Ohh Mimpi

Salam hari Jumaat..yearhhh! Esokk dan lusa cutiii... Pagi tadi, lepas je mandi Cik Nurul termenung memandang pemandangan yang ada kat depan rumah sewa ni. Tiba-tiba terlihat la satu objek yang ada kene mengena dengan kerja si seseorang ni. Dengan tak semena-mena, Cik Nurul teringat mimpi malam tadi. Yup, Cik Nurul baru teringat yang malam tadi dia datang dalam tidur Cik Nurul. More than 1 year, Cik Nurul tak dapat bertentang mata dengan dia. Akhirnya,sudi jugak dia datang walaupun sekadar dalam mimpi. Cukup lah mengubat rindu yang sarat kat hati ni. Mungkin malam tadi kali terakhir kami berjumpa, siapa tahu kan? Moga dia dalam keadaan yg baik dan diberikan tubuh badan yang sihat. Hanya tu je yang Cik Nurul mintak, walaupun Cik Nurul tahu yang kami takkan dapat berjumpa lagi.. Cukup la, hanya doa yang dapat Cik Nurul kirimkan untuk si dia.. Assalamualaikum, happy weekend semua!

Tuesday, May 14, 2013

Onde-onde melaka

Assalamualaikum w.r.t
Ahad lepas, ada gak kesempatan Cik Nurul menghabiskan masa kat dapur. Kebetulan, terjumpa pulak kelapa muda kat area perumahan ni. Apa lagi, rajin la Cik Nurul mengolah benda ni sorang-sorang. Memang tersangat senang nak buat kuih ni. Pejam mata pun boleh siap tau. Huhu..

Okey, antara bahan-bahan yang kita perlukan :
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung gandum
1 cawan air
Sedikit pewarna hijau
Srdikit perasa pandan (try gak letak,tp tak sedap sangat bau dia)
Gula melaka yang didadu kecil
Kelapa parut muda yang dah digaul bersama sedikit garam

Cara-caranya :
1. Campurkan tepung pulut,tepung gandum dan pewarna hijau.
2. Uli sehingga boleh di gentel, jangan terlalu lembik pulak.
3. Bila adunan dah okey, buat la ikut bentuk yang korang suka. Masa mengentel tu, letak la gula melaka srbagai intinye.
4. Dalam masa yang sama, make sure korang dah didihkan air dalam periuk.
5. Masukkan kuih korang tu ke dalam periuk, bila dia dah terapung maknenya dah masak la tu.
6. Gaulkan bersama kelapa, siap dihidang.
Senang kan? Selamat mencuba..

Saturday, May 11, 2013

Cepat la datang Julai!

Assalamualaikum w.r.t
Selamat datang bulan Rejab, Insyaallah tak lama lagi Ramadhan pulak menyusul. Pejam celik, dah nak pertengahan 2013 pun. Dan yang paling penting tak sabar nak tunggu Julai! Tak sabar nak berintership kat Rtm Melaka, hoho.. Cepat-cepat la semester ni habis, nak balik kampung la! Rindu semua benda yang ada kat Melaka dah ni, ngade-ngade kan? Selamat malam, cepat la datang Julai :)

Wednesday, May 8, 2013

Taman Rekreasi Ranchaan

A journey to remeber with this gila-gila girls!

Hi, assalamualaikum w.r.t
Selamat hari pekerja semua! Actually, bersempena public holiday semalam Cik Nurul dengan housemate berkesempatan menjejak kan kaki ke Taman Rekreasi Ranchaan ni. Actually kami memang suka betul pergi bermandi-manda ni. Tambah pulak ada air terjun kan. Kat situ waterfall dia xde la hebat mana, tapi boleh la setakat nak lepaskan gian. Huhu..
Perjalanan ambik masa sekitar 40 minit dari rumah sewa kami di desa ilmu. Perjalanan pun best je, tak perlu nak tempuh jam yang panjang. Lagipun, highway Serian tu memang jarang sesak kot. So, perjalanan pun lancar je. Nak cari taman rekreasi ni pun memang senang, lagi 5-6km nak sampai ada je sign board yang boleh bantu korang.
Memandangkan semalam public holiday, memang penuh la tempat ni. Penat jugak la kami memanjat tangga nak cari tempat lepak yang best sikit. Okeyh, meh le tengok gambar-gambar yang sempat di snap. Tu pun nasib tiba-tiba hujan lebat, kalau tak lagi hebat kami posing depan camera. Hukhuk..

Best kan, takde jam langsung
Siap boleh speed gini lagi :)

Semangat PRU13, memang dasyat.

Sampai sudah kami

Muka kepenatan naik tangga

Sesi ber BBQ

Chef kami yg cun melecun :)

Aksi-aksi kelaparan

Muka sangat menikmati!

Yeahh, peace yo!

Makan, makan, makan saje

Love you all dear :)

Another peace caption!

Sesi hidupkan api, memang nguji kesabaran

Senyum girl!

Tak tau nak letak caption ape lagi,huhu..

Really enjoy this moment!



Sesi terjun dalam air!

Air kat sini memang super extreme sejuk.

Ngeehhhh!Ngade-ngade je aksi ni.

Lepas mandi-manda











Bye bye Ranchaan!

Perjalanan balik kami!

Monday, April 29, 2013

Umrah dan ziarah ayahanda bersama keluarga.

Assalamualaikum w.r.t
Alhamdulillah,syukur pada rezeki yang dikurniakan Dia. Rezeki yang melimpah ruah kepada kami sekeluarga. Syukur sangat, ayah, nenek dan keluarga yang lain selamat berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah dan ziarah. Cik Nurul pun turut sama turun Kl dari Kuching nak teman ayahanda berlepas ke tanah suci.

Yeaaayy! Mek mok balit kampung :)

Menunggu flight ke LCCT

Actually, Cik Nurul nak share experience sepanjang perjalanan pulang ni. Cik Nurul berlepas dari Kuching petang selasa dalam pukul 5.35 23hb April 2013. Sampai di lcct tepat jam 7.30 malam. Mula-mula nak rehat kat lcct je, tapi macam tak selesa sebab terlalu ramai orang di tambah pulak dengan facility yang tak seberapa. So, Cik Nurul buat keputusan nak berehat kat Klia sementara nak menunggu family dari melaka. Cik Nurul pick up bus airport liner untuk ke klia. First time ni, dengan tambang Rm2.50 Cik Nurul selamat sampai di Klia.

Murah kan? 15 minit je dari LCCT ke KLIA.
Sesampai di Klia Cik Nurul terus serang food garden di 3rd floor tak silap Cik Nurul. Overall makanan kat situ boleh tahan rasanye, tambah pula harga dia berpatutan. Tak la terlalu mahal rasanye. Lepas isi perut, Cik Nurul terus ke balai berlepas di tingkat lima. Mula-mula Cik Nurul nak stay up kat ruang berlepas je. Tapi bila makin lewat malam suasana jadi sunyi sepi. Seram jugak la, tambah pulak pekerja-pekerja bangla dah start berlegar on duty. Dalam jam 1 pagi Cik Nurul bergerak ke surau nak tumpang baring-baringkan badan. Ramai jugak yang tumpang tido kat situ. Tapi yang pasti memang akan kesejukan la tido kat situ.
Dalam jam 3 pagi Cik Nurul baru dapat lelapkan mata. Alhamdulillah, syukur keadaan semua okey dan takde masalah pun malam tu. Dapat take nap 1 jam jugak la, jam 4 pagi Cik Nurul dah bangun nak bersihkan apa yqng patut. Jam 5 pagi keluarga dari melaka semua selamat sampai. Tepat jam 9 pagi semua selamat masuk ke balai berlepas. Alhamdulillah, moga kesemua mereka selamat pergi dan pulang. Diberikan kesihatan dan tubuh badan yang baik serta sihat untuk beribadah pada Dia. Mudah-mudahan ada rezeki untuk Cik Nurul dengan mak pulak jejak kan kaki di tanah suci satu hari nanti. Aminnn...

Gambar-gambar kenangan sebelum mereka berlepas :

Sebahagian dari ahli keluarga yang pergi ke tanah suci

Mak, ayah dan nenek



Bersama mak dan ayah













Tukang menyibuk,huhuhu..