Friday, May 17, 2013

Mimpi Ohh Mimpi

Salam hari Jumaat..yearhhh! Esokk dan lusa cutiii... Pagi tadi, lepas je mandi Cik Nurul termenung memandang pemandangan yang ada kat depan rumah sewa ni. Tiba-tiba terlihat la satu objek yang ada kene mengena dengan kerja si seseorang ni. Dengan tak semena-mena, Cik Nurul teringat mimpi malam tadi. Yup, Cik Nurul baru teringat yang malam tadi dia datang dalam tidur Cik Nurul. More than 1 year, Cik Nurul tak dapat bertentang mata dengan dia. Akhirnya,sudi jugak dia datang walaupun sekadar dalam mimpi. Cukup lah mengubat rindu yang sarat kat hati ni. Mungkin malam tadi kali terakhir kami berjumpa, siapa tahu kan? Moga dia dalam keadaan yg baik dan diberikan tubuh badan yang sihat. Hanya tu je yang Cik Nurul mintak, walaupun Cik Nurul tahu yang kami takkan dapat berjumpa lagi.. Cukup la, hanya doa yang dapat Cik Nurul kirimkan untuk si dia.. Assalamualaikum, happy weekend semua!

Tuesday, May 14, 2013

Onde-onde melaka

Assalamualaikum w.r.t
Ahad lepas, ada gak kesempatan Cik Nurul menghabiskan masa kat dapur. Kebetulan, terjumpa pulak kelapa muda kat area perumahan ni. Apa lagi, rajin la Cik Nurul mengolah benda ni sorang-sorang. Memang tersangat senang nak buat kuih ni. Pejam mata pun boleh siap tau. Huhu..

Okey, antara bahan-bahan yang kita perlukan :
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung gandum
1 cawan air
Sedikit pewarna hijau
Srdikit perasa pandan (try gak letak,tp tak sedap sangat bau dia)
Gula melaka yang didadu kecil
Kelapa parut muda yang dah digaul bersama sedikit garam

Cara-caranya :
1. Campurkan tepung pulut,tepung gandum dan pewarna hijau.
2. Uli sehingga boleh di gentel, jangan terlalu lembik pulak.
3. Bila adunan dah okey, buat la ikut bentuk yang korang suka. Masa mengentel tu, letak la gula melaka srbagai intinye.
4. Dalam masa yang sama, make sure korang dah didihkan air dalam periuk.
5. Masukkan kuih korang tu ke dalam periuk, bila dia dah terapung maknenya dah masak la tu.
6. Gaulkan bersama kelapa, siap dihidang.
Senang kan? Selamat mencuba..

Saturday, May 11, 2013

Cepat la datang Julai!

Assalamualaikum w.r.t
Selamat datang bulan Rejab, Insyaallah tak lama lagi Ramadhan pulak menyusul. Pejam celik, dah nak pertengahan 2013 pun. Dan yang paling penting tak sabar nak tunggu Julai! Tak sabar nak berintership kat Rtm Melaka, hoho.. Cepat-cepat la semester ni habis, nak balik kampung la! Rindu semua benda yang ada kat Melaka dah ni, ngade-ngade kan? Selamat malam, cepat la datang Julai :)

Wednesday, May 8, 2013

Taman Rekreasi Ranchaan

A journey to remeber with this gila-gila girls!

Hi, assalamualaikum w.r.t
Selamat hari pekerja semua! Actually, bersempena public holiday semalam Cik Nurul dengan housemate berkesempatan menjejak kan kaki ke Taman Rekreasi Ranchaan ni. Actually kami memang suka betul pergi bermandi-manda ni. Tambah pulak ada air terjun kan. Kat situ waterfall dia xde la hebat mana, tapi boleh la setakat nak lepaskan gian. Huhu..
Perjalanan ambik masa sekitar 40 minit dari rumah sewa kami di desa ilmu. Perjalanan pun best je, tak perlu nak tempuh jam yang panjang. Lagipun, highway Serian tu memang jarang sesak kot. So, perjalanan pun lancar je. Nak cari taman rekreasi ni pun memang senang, lagi 5-6km nak sampai ada je sign board yang boleh bantu korang.
Memandangkan semalam public holiday, memang penuh la tempat ni. Penat jugak la kami memanjat tangga nak cari tempat lepak yang best sikit. Okeyh, meh le tengok gambar-gambar yang sempat di snap. Tu pun nasib tiba-tiba hujan lebat, kalau tak lagi hebat kami posing depan camera. Hukhuk..

Best kan, takde jam langsung
Siap boleh speed gini lagi :)

Semangat PRU13, memang dasyat.

Sampai sudah kami

Muka kepenatan naik tangga

Sesi ber BBQ

Chef kami yg cun melecun :)

Aksi-aksi kelaparan

Muka sangat menikmati!

Yeahh, peace yo!

Makan, makan, makan saje

Love you all dear :)

Another peace caption!

Sesi hidupkan api, memang nguji kesabaran

Senyum girl!

Tak tau nak letak caption ape lagi,huhu..

Really enjoy this moment!



Sesi terjun dalam air!

Air kat sini memang super extreme sejuk.

Ngeehhhh!Ngade-ngade je aksi ni.

Lepas mandi-manda











Bye bye Ranchaan!

Perjalanan balik kami!