Assalamualaikum w.r.t
Salam bulan Ramadhan. dah hari ke sepuluh pun kita berpuasa. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Tahun ni, tahun kedua berpeluang menjalani ibadat puasa dengan keluarga tercinta. Tapi jauh dalam hati, rindu nak bersahur and berbuka dengan kawan-kawan kat Sarawak. Seronok dia lain dari yang lain, tapi mana-mana pun puasa tetap sama je kan :)
Hari ni Cik Nurul tetiba nak post tentang isu jodoh.. Kenapa jodoh? Ni semua angkara seseorang yang buat Cik Nurul hampir-hampir nak titiskan air mata. Kenapa nak menangis pulak kan? Okey Cik Nurul nak korang baca ni :
sambungan
Sebenarnya Cik Nurul terasa sebak, bila baca dialog En Ahmad Syahrul ni. Bila difikir-fikir kan balik, memang la jauh kat sudut hati selalu rasa macam hubungan kami takkan berjaya and takkan kemane. Mana tak nye, Cik Nurul kat sini dia kat sana. 3-4 bulan baru dapat jumpa, itu pun kalau dapat. Nak berborak tiap-tiap hari, jangan mimpi la. Kecuali la dia kat luar hutan, siapa pun akan rasa teruji. Kena pulak dengan orang yang macam Cik Nurul ni, memang risiko dia akan berganda-ganda lagi la.
Cik Nurul pun ada masalah sebenarnya, masalah untuk percaya dengan kata-kata si lelaki. Maybe, dah banyak pengalaman sebelum-sebelum ni kan. Bila kita dah percaya kat si dia, diorang pulak buat-buat tak tahu and buat bodoh sendiri. Macam yang Cik Nurul cakap kat entry-entry yang lepas, if kita rasa kita dah tak suke kat pasangan kita kene terus terang, bukan ambik cara yang mudah seperti contoh mendiamkan diri. Hal ni buat si pasangan akan rasa confius, serba salah, serba tak kena. Bukan susah pun untuk terus terang, surely it hurt! But, at least kita dah terus terang daripada kita buat orang lain tertanya-tanya.
Okey, harini jugak Cik Nurul nak share
10 Tanda Si Dia Jodoh Kita..
Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahasia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersaja dan tidak berlakon. Cuba kita perhatikan cara dia berpakaian, cara bercakap, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selera dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.
Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan akan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, hubungan cinta kita akan jadi lebih positif. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan akan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia sendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding teman teman yang lain. Satu lagi, kita tidak berahasia apa pun kepadanya dan kita pasti rahasia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia senantiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa......
Okey, itu antara tanda-tandanya. It's general, tak semestinya apa yang Cik Nurul taip ni betul. Cik Nurul cuba berkongsi apa yang Cik Nurul baca. Bagi Cik Nurul, jodoh ni rahsia Allah. Susah kita nak jangka, sebabnya siapa pasangan hidup kita dah tertulis di loh mahfuz sejak usia kita 4 bulan di dalam rahim ibu kita. Segala perancangan dari Allah dah ditetapkan sebelum kita lahir di dunia ni lagi. Sungguh besar kuasa Dia, bagaimana Dia merancangkan perjalanan hidup kita dari kita lahir sehingga lah kita menutup mata. Tapi tak semestinya kita gunakan alasan itu untuk mengambil sikap duduk dan tunggu, sesekali kita kena membuka sedikit ruang permulaan nya. Andai kata, kita dah terjumpa calon-calon nya haruslah kita berdoa pada Dia agar kita berjumpa dengan insan yang tepat. Berdoa lah agar dia yang terbaik buat kita. Tetapi, andai kata kita ditemukan dengan insan yang salah, terima lah dengan hati yang terbuka. Anggap itu sebagai ujian kecil dari Dia. Istikharah itu penting, agar Allah menunjukkan jalan yang betul pada kita.